27 January 2015

One week of exercise, apa aku rasa? I FEEL GREAT!

Bismillah.

Alhamdulillah dah seminggu bersenam, sesuatu di luar norma kehidupan seorang manusia bernama Ima Sulaiman. Will power tu penting, di samping ilmu, dan tak jemu untuk try and adjust. Alhamdulillah, memang rasa perbezaan sebelum bersenam (1 week ago) dengan selepas beberapa hari bersenam.



My top 3 findings on my new exercise routine of high knees, push ups, planking and crunches:

  1. Tak rasa mengantuk waktu tengahari. Biasanya after lunch mesti menguap macam hippo, pastu manja-manja nak tutup mata sekejap. Sebelum ni memang "qailullah" lajak setengah jam (or more... ooppsss...) Sekarang tak rasa pun nak tidur. Kalau tertidur pun masih terkawal.
  2. Aku rasa lebih tinggi. Mungkin sebab kerjakan upper body ni kan, selama ni membongkok je duduk atau berdiri. Bila diluruskan otot-otot semasa push ups dan plank, terasa lurus je belakang ni, campur dengan sore muscle haritu lah. Kalau duduk atau berdiri membongkok, lagilah sakit kan. hehehe.
  3. Rasa lebih yakin. Sebelum ni, rasa macam impossible je aku nak bersenam. Sekarang, dah takde dah rasa camtu. Rasa nak cuba routine lain pula. Dalam senarai ni pun tak semua aku buat lagi. There are still room for improvement. Chayok Ima!
Kalau tak tahu nak buat apa tahun ni untuk improve diri, cubalah bersenam. Ikut saranan kerajaan, 20 minit sehari, 3 kali seminggu. Routine yang aku buat sekarang took me around 5 to 10 minutes. OK lah kan as benginner, dan aku buat hari-hari. Lepas ni bila tambah lagi routine, mungkin kena letak 1 off day. Yeay!

Cabar diri anda, buat sesuatu yang lain. Hargai sihat sebelum sakit. Good luck!

Salam sayang,
Ima Sulaiman

No comments:

Post a Comment