30 June 2015

Monthly Check up di Klinik Desa Sungai Ramal

Salam semua :)

Dah masuk 24 minggu rupanya. Alhamdulillah. Pejam celik dah setengah tahun. Debbor nak bersalin! Klinik Desa Sungai Ramal ni klinik desa paling dekat dengan rumah. Free check ups, siapa tak nak kan? Syukurlah dengan kemudahan percuma yang ada :D

Lepas hantar Darrell kat taska, baru aku g KD. Darrell tengah fasa tak nak pergi taska dengan bapak dia. Maka, ibunya lah yang kena hantar. Baiklah anak syurga.

Masa aku sampai, ada sorang sebelum aku hantar check up baby. Macam biasa lah, check urine, check berat, check blood pressure. HB tak check pulak hari ni. Mungkin sebab rekod baik. Awal bulan haritu HB aku 12. Cantik juga lepas aku amalkan ambil 2 biji multivitamin setiap hari.

Nak tunggu masuk jumpa nurse kedua yang lama sikit menunggu dan tertunggu. Layan ajelah. Aircond pun ada, cuma telefon yang mati. Ada satu family bawa anak sulung pergi check up. Suami dia sangat prihatin pada pemerhatian aku, isteri pula sebaliknya. "Dah letak buku? Dah letak number? Ni ke misi yang baik tu? Mana pergi misi-misi lama?" Isteri boleh pulak main telefon, suami tanya ada yang tak berjawab. Hahaha kenalah yin dan yang kan, baru melekat.

Ok, my turn jumpa misi! Misi check, aku naik 3.5kg dari last check up. Sepatutnya cuma naik 2kg, ni dah terlebih 1.5kg sudah. Oh ow.... Misi tanya aku makan apa, aku jawab happy sangat kot, makan pun banyak. hahahaha buat misi gelak aje. Misi tu pun jenis #MudahTerhibur macam aku jugak. Sikit-sikit pun leh gelak hehehehe. Siapa kata misi kerajaan semua garang. Misi kat KD Sungai Ramal ni mesra pelanggan tau.

So misi jadualkan beberapa pertemuan untuk check up dalam bulan ni. Cuma check BP, urine dan berat badan. Nak monitor kalau-kalau ada risiko pre-eclampsia. Ima yang susah naik berat, tak tau lah kenapa happyly naik berat pula ni.

Hujung bulan ni kena buat MGTT. Yikes!

29 June 2015

Darrell kena cabut gigi?

Reception counter Klinik Pergigian Qaseh
Salam semua.

Dari hari Sabtu petang, dok merengek lain macam Darrell nih. Nak tido pun nangis-nangis, sakit gigi katanya. Memang tahu gigi geraham dia ada lubang, tapi dia tak pernah ngadu sakit. Semalam kaw kaw punya nangis kata sakit gigi. Kita pun tak tau nak tolong cemane. Babahnya pula kerja sampai petang. Mamanya nak bawak dia sendiri pergi dentist, bimbang tak larat nak bergelut pegang dia sementara doctor kerjakan gigi.

Jadinya hari Ahad baru kami visit dentist. Ada beberapa klinik pergigian yang boleh dipilih kat Bangi ni. Antara yang glamour di mata aku adalah Klinik Pergigian Lisa Alis (berdepan dengan PKNS Bangi), Klinik Pergigian Alan Adlan (Tingkat 1, sebelah D'One Steak, berdepan Seri Bangi) dan Klinik Pergigian Qaseh (Seri Bangi, berdekatan Kasih Ibu).

Aku berminat nak g klinik Alan Adlan. Tengok website pun menarik. Kat luar klinik dia pun ada tulis Dental Surgeon. Puteri pernah beritahu aku, kalau tak nak anak kecik trauma untuk pergi jumpa dentist, boleh buat appointment dengan dental surgeon so that dia boleh bagi "happy gas". hehehe. Malangnya klinik Alan Adlan tak buka hari Ahad, jadi kami ke Klinik Pergigian Qaseh.

Doktor lelaki rupanya yang bertugas hari Ahad. Nampak muda, dan pandai juga ambil hati anak kecil. Doctor suruh Darrell nganga, aku yang ikut nganga hahahaha. Darrell nganga pun sebab nangis. Aku nganga sebab geram tengok Darrell bukak mulut kecik sangat. Hoh lah.

Alhamdulillah dah selamat ditampal gigi gerahamnya. Semalam buat belah kiri. Belah kanan ada jugak. Nanti kena jumpa doctor lagilah jawabnya. Kos tampal gigi = RM50. Reasonable lah kan. Alhamdullillah.

Babah Darrell cuba menghiburkan hati anak dengan bermain lampu.

Selepas ditampal. Babah yang ceria. Anak masih sayu.


Sekarang Darrell tengah adjust untuk makan. Pagi tadi bangun sahur saing ngan kitorang. Aku buatkan toast + cheese slice. Dia konon tak nak makan, dia cabut gigi katanya. Aku betulkan semula pemahaman dia, "Abang semalam tampal gigi. Kan dah elok giginya. Doctor kata jangan makan coklat. Makan roti takpe." Lepas cakap macam tu, baru dia nak makan. Dan kena cakap camtu tiap kali nak suap makanan. #anakohanak

26 June 2015

Kenapa digalakkan bertadarus di bulan Ramadhan?

Tadi pagi sambil buat kerja, Kak Ila bukak radio IKIM.FM, ada segment Tarbiyah bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. Tajuknya adalah Ramadan Bulan Al-Quran.

Ada orang tanya soalan kat FB Ikim.Fm, tentang tadarus pastu update kat group WhatsApp, seperti yang ditanya oleh Siti Aziah.

dari FB Ikim.Fm

Antara isi huraian Ustaz Syed Nor Hisyam:

  1. Tadarus maksudnya sorang baca Quran, orang lain check. Pastu orang lain pula baca, then yang lain pula check. 
  2. Kalau tak khatam Quran, takpe ke? Ustaz kata, takpe. Paling penting, kita betulkan bacaan dan baca Al-Quran. Lagi bagus baca sekali dengan terjemahan. Terjemahan tau, bukan tafsir. Kalau tak faham terjemahan, lagi bagus. Boleh jumpa ustaz atau ustazah untuk huraian yang lebih lanjut. Bukankah lebih indah fahami Quran sebegitu :)
Begitulah sedikit perkongsian tentang tadarus. Bila dengar ustaz explain, baru nampak betapa indahnya bertadarus di bulan Ramadhan. Nak khatam Quran boleh dijadikan personal target juga, namun tadarus tu kita ambil sunnah nabi.

Harapnya nanti akan ada video atau audio tentang tarbiyah ni kat website IKIM.FM. Check it out later, k? :)

Indahnya Ramadhan!



Sembang Ramadhan

Hari ni hari terakhir untuk students buat add and drop subjects.
Biasalah, dah hari terakhir baru berminat nak add itu ini.
Layan ajelah dah itu tugas aku :)

Tadi sementara nak process requests students ni, diorang tanya aku.
"Miss, how's your Ramadhan?"
"Alhamdulillah, so far so good."
"MasyaAllah I haven't done much. It is already 9 Ramadhan right? Haven't finished reading Quran.
Ramadhan we are supposed to be with family. My friends after their finals all go back to their family."

KakMa senyum ajelah.
Dah korang dapat awal semester masa Ramadhan, nak buek cemano.
Jihad jugak nih.
Students aku ni international students.
Aku terharu sebab diroang tanya progress Ramadhan aku.
Pertama kali seumur hidup kot.

Alhamdulillah :)

25 June 2015

Kisah 8 Ramadhan

Sembang suami isteri lepas berbuka

Suami :  Nipis betul. Boleh nampak Komtar
(Sambil tunjuk tumbler air yang berisi air Ribena Lemon buatan isteri)
Isteri : Untunglah boleh nampak Komtar, takyah susah-susah pergi sana
Suami : Kan dah ada Ribena sebotol tu, buatlah.
Isteri : Ambik rasa je cukup lah. Orang lain lagilah takde.

*Panggg! Isteri bayangkan dapat tamparan imaginary daripada suami*

19 June 2015

Kenangan sahur 2 Ramadhan 1436

Salam Ramadhan 1436H :)

Kami suami isteri memang sepakat masak sahur sebelum masuk tidur. Masak memasak yang hebat-hebat ni memang tugas suami, sebab dia yang lagi banyak selera dari isteri hihihi. Suami teringin nak makan sambal, jadinya menyambal lah malam tadi.

Dah siap masak segala (goreng ayam, buat sambal, masak nasi), lapar la pulak. Makan aje dulu sebelum tidur. Aku pun lapar gak. Semalam berbuka, suami buat mi bodo. Apa tu mi bodo? Next time lah cerita hehehe. Aku makan mi bodo, suami makan nasi. Maka kami pun masuk tidur.

bzzz bzzz bzzz bzzz bunyi vibrate tepon aku. MasyaAllah, 5.30am! Melompat terus dari katil. Ke mana pergi alarm berderet-deret dari jam 4 pagi? Terus kejut suami, nak sahur tak? Dah 5.30 ni?

Time tu jugak la Darrell pun terjaga nak susu. Kami berdua dah kat dapur, mencekik apa yang mampu hahaha. Kurma (bukan masak kurma) yang kami terjah dulu. Aku ambik 3 biji kurma, tuang air sejuk kosong dalam shaker, tambah 3 sudu ESP, rembat botol Vita-Lea dan SR Vita-C, bawak naik atas sebab Darrell dah nangis nak susu.

Sambil telan kurma, sambil buat susu Darrell. Cas cus cas, siap. Masa awal sampai bilik, pujuk Darrell sambil goncang ESP. Dia ingatkan mak dia dah siapkan buat susu dia. Hahahaha ampun nak! So, minumlah kami bersama dalam bilik yang suram-suram maya. Habis makan kurma, aku makan 2 biji Vita-Lea dan sebiji SR Vita-C, sambil berdoa sekuat hati Allah beri kekuatan berpuasa hari ni.

Habis je telan apa yang patut, azan pun berkumandang. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk bersahur hari ini :)

Alhamdulillah juga masih kuat jiwa dan raga untuk teruskan berpuasa. Tazzabar nak berbuka!

18 June 2015

Pengalaman berteraweh sekeluarga di Masjid Sungai Ramal

Salam 1 Ramadan!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh berkat ini. Memang bersemangat sungguh berteraweh malam tadi, kami masing-masing mengheret anak pergi ke Masjid Sungai Ramal dan join kemeriahan sambut Ramadan dengan solat sunat teraweh.

Balik kerja je terus cari baju Melayu untuk suami dan anak. Semua kena cun, cantik, bersih untuk ke masjid. Darrell pun excited hari-hari pun lalu depan masjid, ni baru nak pergi betul-betul.

Masjid penuh! Seronok kalau setiap kali solat fardu pun penuh sebegini. Aku terpaksa dengan sengaja duduk luar, senang Darrell nak cari kalau dia meragam. Solat Isyak berjemaah Alhamdulillah Darrell masih behave. Lepas tu ada ucapan dan tazkirah daripada orang masjid. Malam ni ada moreh bubur lambuk yeay!

Tazkirah adalah tentang solat sunat witir. Mana yang lebih bagus, buat witir sejurus teraweh, atau buat witir semasa qiamulail?

Ada dua pendapat dari sahabat Nabi Muhammad (berselawatlah ke atas Baginda), iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Kedua-dua mereka adalah rapat dengan Baginda, maka kita boleh ikut contoh mereka. Saidina Abu Bakar mengamalkan solat sunat witir selepas solat sunat teraweh, kerana Abu Bakar adalah orang yang hati-hati, bimbang tidak terjaga semasa qiamulail. Menurut Saidina Ali pula, witir dikerjakan semasa qiamulail. Jadi, nak buat witir lepas mana-mana solat pun boleh, ikut kemampuan masing-masing.

Masjid Sungai Ramal buat teraweh 8 rakaat, diikuti dengan tazkirah dan solat witir. Maka solat teraweh pun bermula...

Sambil tazkirah diberi, kami yang duduk kat luar ni dihamparkan dengan carpet yang baru dibuka dari gulungan. Belah kanan jemaah lelaki, belah kiri masjid jemaah perempuan. Aku duduk dekat dengan pintu utama, bersebelahan dengan gulungan carpet yang agak besar. Nak mula teraweh ni, Darrell started whining. Darrell ni ada OCD sikit. Dia nak semua benda proper di mata dia. Jadinya kali ini, gulungan carpet tu adalah tidak proper di mata dia. Maka ibu mithali ini buka dan lipat sikit-sikit carpet tu supaya tidak bergulung lagi. Dah rata, baru Darrell happy dan sambung main. Ibu mithali ini jadi makmum masbuk untuk teraweh yang pertama. Tak perlu stress, ini kan solat sunat. Dapat berjemaah pun sangat seronok, kan? :)

Solat teraweh yang kedua... Oh ada budak sebaya Darrell, nampak seperti nak main sama-sama. Oh tidak, dah mula tolak-tolak! Ibu mithali ini batalkan solat untuk selamatkan keadaan, namun anak sudah meraung. Huwaaaa... selepas tenang, ibu mithali ini sambung solat dan adalah masbuk lagi *peluh besar*. Mendengar suara anak syurga ini menangis, bapak mithali pun ajak kami pulang.

Maka pulanglah kami selepas 2 salam. Pergi moreh kat Restoran Yus. Balik rumah sambung lagi 2 salam selepas Darrell tidur. Selamatlah kisah kami teraweh di Masjid Sungai Ramal :D

Best kan teraweh? Setahun sekali je dapat buat. Bulan lain takde teraweh. Jadi, rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini :)

Salam Ramadan,
Ima Sulaiman

08 June 2015

Mudahnya ada penapis air beralkali mudah alih!

pH test
Masa kat National Conference, ada beberapa booth disediakan untuk kita tengok dengan lebih dekat lagi produk-produk Shaklee, terutamanya dari Get Clean dan NutriWhite.

Ni salah satu test yang dibuat kat booth Get Clean products, untuk Get Clean® Water Pitcher
Ujian yang dibuat adalah untuk bandingkan tahap pH (rujuk gambar kat atas) untuk RO Water (kiri), air paip (tengah) dan air yang ditapis oleh Get Clean Water Pitcher (kanan). Daripada pH test ni, air dari penapis Get Clean dalam lingkungan 7.8 hingga 8.0, iaitu air beralkali yang selamat diminum oleh kita.

Pernah tengok pitcher ni tak? Memang seksi sekali tau. Sekali tapis, boleh muat lebih kurang 2liter. Sebab tak perlukan elektrik atau bateri, ia sangat mudah untuk diangkut ke mana sahaja.


Get Clean Water Pitcher Starter Pack

Dalam beg pun muat. Senang nak bawa ke mana-mana.

The sexy water pitcher, only from Shaklee!
Nak dapatkan penapis air yang best ni? Segera contact Ima secara WhatsApp di +60166605816 atau boleh e-mail ke ima367@gmail.com

06 June 2015

Shaklee National Conference 2015 @ MIECC

Hari yang dinanti telah tiba!
Memang excited sangat tunggu hari ni, nak dapatkan semangat untuk terus berbisnes dengan Shaklee. Mana tak semangat, nampak banner NC je terus snappy happy hihi!



Bercinta jugaklah nak cari parking, sebab parking penuh tak tentu hala. Bukan takat orang yang datang untuk NC, orang yang nak pergi The Big Bad Box Sale by Big Bad Wolf pun bertepek-tepek parking kat situ. Diorang ingat buat kat MIECC, sebenarnya kat MINES 2. Pusing punya pusing, dapat juga parking yang berdekatan dengan lif.


Tu diaaa gah betul stage tahun ni. I like sebab tak sesejuk venue last year (dan parking lebih murah hehehe) Last year aku g NC siap demam-demam. Tak tau lah sebab expectations atau terkejut sound system gedegung gedegang macam apa. Tapi style dia buat event memang macam ni, DJ pasang lagu cam kat disko. Event lah katakan.
Selfie sket.... :D
Sambil tunggu event mula, kita tengok sikit apa ada dalam goodie bag. Nak masuk NC, kena beli tiket. RM30 je. Dapat beg guni Shaklee yang gojes ni, shaker dengan multipurpose container macam dalam gambar, 4 sachet Collagen Powder, YES booklet, pen, car sticker, road tax sticker. Memang lebih dari harga RM30 pun. Tak campur lagi dengan sharing daripada speaker. Berbaloi-baloi attend NC. Next year mesti pergi tanpa bayar RM30 :)


Habis snappy-snappy, Puan Sumie pun datang. Takleh sambung snappy happy goody bag lagi hahaha. Puan Sumie ada, kita kena serius ye. Tak lama lepas tu, acara pun bermula.

Highlight hari pertama NC adalah Master Parade, pastu perasmian, diikuti dengan sharing daripada Masters dan juga penyampaian award.

Tahun ni majlis dibuka dengan persembahan b-boys elecoldxhot. wuu kakma suka kakma suka! Memang follow diorang masa 8tv Showdown zaman aku bebujang dulu. Sumie terbangak-bangak aje tengok aku excited sorang-sorang. Tapi, aku prefer tengok kat TV dari tengok live. Masa diorang perform pun aku tengok kat screen, lagi puas sebab nampak besar hehehe.

Sharing daripada Masters memang best. Kita ambil yang isinya ajelah ye, jadi pedoman hari muka. Bagi yang tak datang, memang takde feel pun kalau kita ulang cerita yang sama. Bila dengar live, barulah syiok. Tak paham ke tak paham? Next year g attend NC k? :D


Award terakhir untuk hari Sabtu adalah New Master Award. Salah satunya adalah Master Aishah, di bawah susur galur PAF. Siap naik pentas hydraulic uols. Kellas gittew. Gayattt katanya kekeke. Congrats Aishah and Par, you guys really deserve it :) Semoga terus lahirkan leaders yang berkaliber.


Sebelum balik, beregar-legar kat ruang pameran dan beli a few Shaklee merchandise. Itu cerita lain hari lah ye. Hari ini kita cerita gambar di atas sahaja. Kebetulan nak amik gambar, tapi teman-teman semua dah pulang. Ada sorang Master dan family dia baru lepas bergambar kat situ. Aku pun muka manis-manis minta tolong anak perempuannya ambilkan gambar aku. Mr Victor pun sporting dok lepak-lepak situ offer diri ambil gembar bersama. Dah habis bergambar, aku cakap kat Mr Victor, "next year pergi sini ye?" sambil tunjuk gambar background. "Mesti semua orang pergi sini!", balas Mr Victor. Awwww tak larat sangattttt.

2016, Shaklee Pleasenton. Ima bergambar kat situ!