Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

05 February 2014

Multivitamin memberi tenaga : betul ke bohong?

Dalam multivitamin, ada macam-macam vitamin dan dan mineral dalam sebiji tablet supplement yang kecik tu. Ada orang kata, bila dia ambil multivitamin, dia rasa lebih bertenaga. Takde rasa lemau lesu letih macam biasa. Haa jom tengok apa yang membuatkan mereka rasa bertenaga ni.

Vitamin B12
Ini penyumbang utama untuk rasa bertenaga, sebab ia berfungsi untuk menggalakkan penyerapan makanan, untuk proses sintesis protein dan untuk metabolism karbohidrat.

Vitamin B6
Ia berfungsi lebih kurang seperti B12, di mana enzim ini metabolize karbohidrat, lemak dan protein, dan tukarkannya kepada tenaga.

Vitamin C
Vitamin C memberi tenaga kepada badan secara tidak langsung. Badan kita perlukan vitamin C untuk membantu penyerapan iron, di mana mineral ini berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan juga mengatasi keletihan.

Vitamin D
Ia berfungsi untuk mengsintesis kalsium, di mana ianya sangat penting dalam meningkatkan metabolism dan tenaga. Vitamin D juga membantu otak melepaskan hormon serotonin, yang boleh meningkatkan tenaga dan juga mood.

Vitamin E
Vitamin E terkenal sebagai antioksidan, yang membantu menghantar oksigen ke semua sel dan juga melawan radikal bebas di dalam badan, yang ini juga membantu memberi tenaga sepanjang hari.


Vita-Lea Shaklee mengandungi vitamin yang disebut di atas, dan banyak lagi! Jadi, multivitamin dan multimineral Vita-Lea mampu memberi anda tenaga yang anda perlukan untuk selesaikan tugasan harian anda. Tak perlu lemah longlai lagi, ok? Cuba Vita-Lea hari ni juga!

Dapatkan harga promosi dan jimat RM2X dalam bulan February sahaja. Contact Ima melalui e-mail ima367@gmail.com atau WhatsApp 016.660.5816.

Rujukan: http://www.ehow.com/facts_4827676_vitamins-that-will-give-energy.html#ixzz2sPpiWI6Z

Multivitamin. Perlukah aku?

Checklist vitamin dan mineral yang perlu ada dalam multivitamin

Salam sihat untuk semua. Anda ada ambil multivitamin? Kenapa anda ambil multivitamin? Sebab badan memang perlu, atau sebab trend? Kat sini aku cuba huraikan serba sedikit tentang multivitamin.

Kenapa kena ambil multivitamin?

Secara ringkasnya, multivitamin dapat bantu memenuhkan "rompong" nutrien dalam diet harian kita. Kadang-kadang dalam sehari kita makan, ada juga nutrien yang kita tertinggal nak makan. Inilah manfaat utama bila kita ambil multivitamin setiap hari.

Dietary Guide of Americans pada tahun 2010 telah mengenalpasti beberapa nutrien yang kurang diambil oleh rakyat America, iaitu kalsium, vitamin D, potassium dan fiber. Multivitamin dapat menampung kekurangan nutrien ni, kecuali fiber. Fiber boleh diambil dalam supplement yang berasingan, tapi sebaiknya ambik fiber dalam sumber makanan harian.

Panduan memilih multivitamin

1. Baca label. Pastikan ada senarai nutrien dan kandungan multivitamin.
2. Dapatkan vitamin dan mineral yang asas. Boleh gunakan checklist vitamin dan mineral ni untuk check. Kalau cover 90% pun kira ok lah kan.
3. Periksa peratus atau nilai nutrien. Secara umumnya, pilih supplement yang memberi 100% Daily Value (DV). Sesetengah nutrien tidak bekalkan 100% DV seperti kalsium dan magnesium. Jika nak penuhkan 100%, supplement akan jadi terlalu besar untuk ditelan!

Sumber: http://www.m.webmd.com/a-to-z-guides/features/choose-multivitamin?page=1


Posted via Blogaway