Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Minggu ni Darrell terjangkit dengan kawan-kawan taska, kena selsema. Kesian tengok meleleh air jernih kat hidung. Dah beberapa kali buat minyak bawang putih ni untuk Darrell, Alhamdulillah tidur lebih lena dan selsema cepat hilang.
Dua je bahan nak buat minyak bawang putih ni. Bawang putih dan minyak. Boleh guna minyak zaitun, kalau takde, guna minyak masak.
Mula-mula bakar bawang putih tu, sampai keluar aroma yang harummm. Tak perlu buang kulit, bakar aje sekali dengan kulitnya. Agak- agak dah empuk, boleh matikan api.
Bawang putih rentung |
Tadaaa.. minyak bawang putih dah siap! |
Ni baru lepas urut si kecik, dah lena dah tidur. Semoga esok lebih sihat. Aamiin.
Bagi mereka yang dewasa pun boleh buat yang sama. Selesa! Boleh juga amalkan makan bawang putih mentah untuk hilangkan selsema. Bawang putih ni boleh bantu tingkatkan sistem imun, seterusnya bantu badan pulih lebih cepat. Pilihan saya? Mestilah Garlic Complex Shaklee :)
Garlic Complex |
Semoga semua orang sihat-sihat belaka. Aamiin!
Salam saya nak tanya berapa lama tempoh proses penyembuhan (sy nak cuba buat anak saya berumur 5bulan(lg 2 hr) sbb cadang nk bw pg klinik utk buat neubilizer.tgk komen c takot pulak
ReplyDeleteSalam saya nak tanya berapa lama tempoh proses penyembuhan (sy nak cuba buat anak saya berumur 5bulan(lg 2 hr) sbb cadang nk bw pg klinik utk buat neubilizer.tgk komen c takot pulak
ReplyDelete