03 October 2014

Kenangan wukuf di Arafah

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hari wukuf.
Hari betul-betul terasa sayu, teringat waktu memgerjakan haji pada tahun 2009. Memang unik pengalaman dan rezeki diberi Allah masa tu. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuaknar.

Selepas Zohor 8 Zulhijjah, kami dijadualkan untuk bergerak ke Arafah. Jemaah dari Malaysia memang biasanya diberi jadual sebegini untuk mengelakkan kesesakan di hari wukuf nanti. Cuaca mulai mendung. Semasa kami menaiki bas, hujan sudah mula turun. Alhamdulillah semua selamat menaiki bas walaupun hujan semakin lebat turun.

Sepanjang perjalanan kami dari Mekah ke Arafah,  hujan turun semahu-mahunya. Sudah tentu rasa istimewa, bumi Arab sangat jarang hujan turun! Disebabkan tiada sistem perparitan di Mekah, jalan raya seakan sungai. Semua air hujan berkumpul di jalan sahaja, mengalir entah hujungnya di mana.

Sampai di bumi Arafah, masih hujan tapi tidak selebat tadi. Langit masih mendung. Sesampainya kami di maktab yang ditetapkan, hujan dan jadi gerimis. Alhamdulillah. Kagum lihat semangat para petugas yang tetap setia membantu para jemaah walaupun dah lencun sebab menanti kami dalam hujan.

Memang Arafah disediakan dengan khemah dan kanopi, tapi bukan jenis untuk menghalang hujan. Tilam nipis yang sudah disediakan pun banyak yang basah. Aku tak kisah, sebab memang dah siap dalam minda dari kat Malaysia lagi, kat Arafah dan Mina aku akan tidur atas pasir yang dialas dengan karpet. Memang itulah yang aku dapat.

Malam tu kami bermalam dalam khemah tanpa lampu, ditemani nyamuk yang banyak dan keadaan yang agak panas. Juga kena kawal agar tak tertutup muka. Kenangan sungguh malam itu. Dapat jugalah lelapkan mata rehatkan badan.

9 Zulhijjah 1430

Kami menanti waktu Zohor untuk memulakan wukuf. Dimulakan dengan solat jamak takdim berjemaah, dan khutbah wukuf. Selepas tu kami berzikir sehingga waktu Asar. Tak terkata betapa heningnya waktu itu.

Semua hanya bertumpu pada Allah. Selepas waktu Asar, kami dibenarkan keluar dari khemah bila matahari dah tak terik sangat. Masa ni lah masing-masing berdoa sama ada sendiri atau bersama keluarga masing-masing.

Nak kongsi satu kisah di bumi Arafah. Abah yang cerita pada kami. Tiap kali aku teringat cerita ni, mesti aku menangis.

Kisah ini tentang seorang jemaah lelaki dalam kumpulan kami. Kami dinasihatkan untuk pack keperluan secara ringkas sahaja, muat dengan hand carry luggage sahaja. Namun seorang ahli jemaah ni memang tak reti nak travel light, sebab memang dia banyak keperluan nak bawak, supplements and all. Memang bukan hand carry luggage yang dia bawak, beg besar untuk baju yanh dibawaknya.

Masa dah selesai wukuf dan kami perlu gerak untuk mabit di Musdalifah, ahli jemaah ni mula risau, siapalah nak tolong angkatkan beg dia yang berat tu. Terus aje dia berdoa dan didengari orang disekitarnya, "Ya Allah, turunkanlah malaikat untuk tolong angkat beg aku ni Ya Allah."

Memang makbul doa di tanah pilihan Allah. Seorang remaja berkulit hitam yang memang kerja di situ semasa musim haji, voluntarily tolong ahli jemaah tu angkat beg dia. Ditawarkan ganjaran wang, remaja itu menolak. Dia kata dia memang nak tolong. SubhanAllah.

Apa lagi yang kita nak sombongkan dengan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Alhamdulillah.

Selamat berhujung minggu dan Salam AidilAdha daripada saya sekeluarga.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway