Sebenarnya dah tulis entry ni tadi, tapi tetiba phone hang, terus hilang entry tu. Allah nak aku tulis lebih baik, in shaa Allah.
Ok, ni nak share tentang tips untuk mudah bangun tidur. Awal tidur, awallah bangun, kan? Tapi ada gak orang tidur lewat, boleh je bangun awal gak. Ada gak tidur awal, bangun terlajak jugak. Apa nak jadi ni... hahahaha.
Kita mak-mak ni, bangunlah sejam dua lebih awal dari orang dalam rumah tu. Bukan untuk mula uruskan rumah, tapi luangkan masa untuk diri sendiri. Boleh qiam, baca Quran, baca buku, apa-apa sahaja untuk diri sendiri, sebelum mula layan keperluan ahli keluarga.
Ini lima tips aku nak share. Boleh mula apply malam ni. hehehe.
- Solat Isyak. Tidur lebih tenang dan aman bila dah solat Isyak. Tak ke kalau belum solat Isyak, pastu tidur dulu, mesti stress tidur tu sebab teringat-ingat belum solat Isyak. Lagi stress esoknya bangun dah Subuh. Wohop!
- Baca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Al-Ikhlas (tiga kali), Al-Falaq dan An-Nas.
- Baca zikir Fatimah. SubhanAllah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali.
- Berazam sekuat hati nak bangun awal pagi. Sebaiknya, sebut kita nak bangun pukul berapa, sekadar pendengaran sendiri. "Aku nak bangun pukul 4 pagi." Kalau suami dengar pun bagus gak. Kalau dia terjaga dulu, boleh dia kejutkan kita, kan. Tapi kalau sampai jiran yang dengar....
- Ambil OsteMatrix, 2 atau 4 biji sebelum tidur. In shaa Allah tidur lebih lena dan berkualiti, juga membolehkan bangun dengan lebih fresh.
Selamat beramal!
Bravo Ima!!! 10 entries dah in august!!!! cayuuk!! :-) keep it up!
ReplyDelete