Salam sihat untuk semua. Anda ada ambil multivitamin? Kenapa anda ambil multivitamin? Sebab badan memang perlu, atau sebab trend? Kat sini aku cuba huraikan serba sedikit tentang multivitamin.
Kenapa kena ambil multivitamin?
Secara ringkasnya, multivitamin dapat bantu memenuhkan "rompong" nutrien dalam diet harian kita. Kadang-kadang dalam sehari kita makan, ada juga nutrien yang kita tertinggal nak makan. Inilah manfaat utama bila kita ambil multivitamin setiap hari.
Dietary Guide of Americans pada tahun 2010 telah mengenalpasti beberapa nutrien yang kurang diambil oleh rakyat America, iaitu kalsium, vitamin D, potassium dan fiber. Multivitamin dapat menampung kekurangan nutrien ni, kecuali fiber. Fiber boleh diambil dalam supplement yang berasingan, tapi sebaiknya ambik fiber dalam sumber makanan harian.
Panduan memilih multivitamin
1. Baca label. Pastikan ada senarai nutrien dan kandungan multivitamin.
2. Dapatkan vitamin dan mineral yang asas. Boleh gunakan checklist vitamin dan mineral ni untuk check. Kalau cover 90% pun kira ok lah kan.
3. Periksa peratus atau nilai nutrien. Secara umumnya, pilih supplement yang memberi 100% Daily Value (DV). Sesetengah nutrien tidak bekalkan 100% DV seperti kalsium dan magnesium. Jika nak penuhkan 100%, supplement akan jadi terlalu besar untuk ditelan!
Sumber: http://www.m.webmd.com/a-to-z-guides/features/choose-multivitamin?page=1
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment