07 February 2014

Seronoknya berpantang!

Alhamdulillah semalam dapat anak buah baru. Sepupu belah suami selamat melahirkan seorang puteri pagi tadi secara cesarean. Tak sabarnya nak jumpa!

Mulalah terkenang masa berpantang denga Darrell setahun yang lepas. Kira kejutan jugalah kan sebab tak pernah ada pengalaman melahirkan. Kita fokus pada yang gembira aje, yang sedih simpan dalam peti. Hihihi. Aku paling suka time makan. Aku takde pun mintak special request ke apa. Apa yang diberi, aku telan ajelah. Aku pun bukan jenis suka makan cili sangat, jadinya makanan masa berpantang takdelah terlalu derita bagiku. Hahaha.

Lagi satu yang aku suka masa berpantang adalah pakai bengkung. Guna yg kain panjang tu. Mula-mula tak suka sangat pakai, tapi bila dah pandai ikat sendiri, ok lah. Memula tu gatal kan malas nak pakai segala, tapi rasa cam longgar je kat perut. Pakai bengkung baru sedap rasa perut. Sampai habis pantang jugaklah aku gigih pakai bengkung. Best :)

Masa berpantang aku ambil jamu dan supplement Shaklee. Aik? Boleh ke ambik sekali? Boleh je. Supplement Shaklee pun dari tumbuh-tumbuhan, sama je macam jamu. Cuma jarakkan waktu pengambilan. Sebelum sarapan dah minum jamu, sejam lepas tu bolehlah ambil supplement. Takde yang susah bila dah tahu, kan?


Apa supplement yang sesuai diambil semasa berpantang?
Ni aku cerita satu persatu supplement yang sesuai diambil untuk menghadapi tempoh berpantang.

1. VITA-LEA IRON FORMULA (120 BIJI)
Multivitamin dan multimineral, memberi tenaga dan melengkapkan nutrien harian si ibu. Menyusukan anak banyak nak guna tenaga tau. Vita-Lea dapat membantu mengatasi keletihan lepas bersalin dan jaga anak.

2. B-COMPLEX (120 BIJI)
Fungsi B-complex ni adalah untuk tukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga bagus untuk kestabilan mood ibu berpantang. Ibu berpantang kena sentiasa tenang, nak menyusukan anak kena tenang untuk susu keluar dengan lancar.

3. SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 BIJI), CHEWABLE VITA-C (90 BIJI)
Vitamin C penting untuk sistem imun ibu dan anak. Ia juga bagus untuk pemulihan luka dan pertumbuhan sel baru untuk ibu.

4. OSTEMATRIX (120 BIJI)
Ini dia, supplement favourite sejak mengandung lagi. Ianya bukan sekadar kalsium, diperkaya dengan vitamin D dan magnesium. Kesannya, memang lancar nak buang air besar. Penyelesaian untuk sembelit ketika berpantang. Ditanggung beres!

5. ENERGIZED SOY PROTEIN (850g)
Nama ringkasnya ESP. Terkenal sebagai sumber protein non-GMO, bagus untuk pertumbuhan sel baru ibu, dan milk booster. Quick fix jika ibu lapar selepas menyusukan baby.

6. ZINC COMPLEX (120 BIJI)
Selalu dengar kalau baby suka sembur airliur, nanti rambut ibu gugur, kan? Elakkan rambut gugur tak tentu hala dengan Zinc. Zinc juga bagus untuk penyembuhan luka dalaman.

7. GLA COMPLEX (60 BIJI)
Mood tak menentu sejak bersalin? Stress nak sesuaikan diri dengan suasana serba baru? GLA boleh membantu regulate hormon, untuk mood yang lebih stabil dan lebih tenang. GLA juga boleh mengawal diabetes jika ada.

8. OMEGAGUARD (90 BIJI)
OmegaGuard mampu memanaskan badan ibu, disamping memastikan kelancaran susu dan susu kaya dengan DHA! OmegaGuard juga bantu ibu ramping lebih cepat, sebab bantu bakar lemak. Oh banyaknya fungsi!

Banyaknya supplement! Tak mahal ke? Jangan risau, aku boleh bagi cadangan yang sesuai dengan bajet. Nak set asas, pertengahan atau premium. Semua boleh dirunding.

Boleh hubungi Ima di
SMS/WhatsApp +60166605816
E-mail ima367@gmail.com
Free consultation, tips dan cara pengambilan supplement khusus untuk customers Ima.

P/S: Rindunya nak berpantang lagi! :)

05 February 2014

Multivitamin memberi tenaga : betul ke bohong?

Dalam multivitamin, ada macam-macam vitamin dan dan mineral dalam sebiji tablet supplement yang kecik tu. Ada orang kata, bila dia ambil multivitamin, dia rasa lebih bertenaga. Takde rasa lemau lesu letih macam biasa. Haa jom tengok apa yang membuatkan mereka rasa bertenaga ni.

Vitamin B12
Ini penyumbang utama untuk rasa bertenaga, sebab ia berfungsi untuk menggalakkan penyerapan makanan, untuk proses sintesis protein dan untuk metabolism karbohidrat.

Vitamin B6
Ia berfungsi lebih kurang seperti B12, di mana enzim ini metabolize karbohidrat, lemak dan protein, dan tukarkannya kepada tenaga.

Vitamin C
Vitamin C memberi tenaga kepada badan secara tidak langsung. Badan kita perlukan vitamin C untuk membantu penyerapan iron, di mana mineral ini berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan juga mengatasi keletihan.

Vitamin D
Ia berfungsi untuk mengsintesis kalsium, di mana ianya sangat penting dalam meningkatkan metabolism dan tenaga. Vitamin D juga membantu otak melepaskan hormon serotonin, yang boleh meningkatkan tenaga dan juga mood.

Vitamin E
Vitamin E terkenal sebagai antioksidan, yang membantu menghantar oksigen ke semua sel dan juga melawan radikal bebas di dalam badan, yang ini juga membantu memberi tenaga sepanjang hari.


Vita-Lea Shaklee mengandungi vitamin yang disebut di atas, dan banyak lagi! Jadi, multivitamin dan multimineral Vita-Lea mampu memberi anda tenaga yang anda perlukan untuk selesaikan tugasan harian anda. Tak perlu lemah longlai lagi, ok? Cuba Vita-Lea hari ni juga!

Dapatkan harga promosi dan jimat RM2X dalam bulan February sahaja. Contact Ima melalui e-mail ima367@gmail.com atau WhatsApp 016.660.5816.

Rujukan: http://www.ehow.com/facts_4827676_vitamins-that-will-give-energy.html#ixzz2sPpiWI6Z

Multivitamin. Perlukah aku?

Checklist vitamin dan mineral yang perlu ada dalam multivitamin

Salam sihat untuk semua. Anda ada ambil multivitamin? Kenapa anda ambil multivitamin? Sebab badan memang perlu, atau sebab trend? Kat sini aku cuba huraikan serba sedikit tentang multivitamin.

Kenapa kena ambil multivitamin?

Secara ringkasnya, multivitamin dapat bantu memenuhkan "rompong" nutrien dalam diet harian kita. Kadang-kadang dalam sehari kita makan, ada juga nutrien yang kita tertinggal nak makan. Inilah manfaat utama bila kita ambil multivitamin setiap hari.

Dietary Guide of Americans pada tahun 2010 telah mengenalpasti beberapa nutrien yang kurang diambil oleh rakyat America, iaitu kalsium, vitamin D, potassium dan fiber. Multivitamin dapat menampung kekurangan nutrien ni, kecuali fiber. Fiber boleh diambil dalam supplement yang berasingan, tapi sebaiknya ambik fiber dalam sumber makanan harian.

Panduan memilih multivitamin

1. Baca label. Pastikan ada senarai nutrien dan kandungan multivitamin.
2. Dapatkan vitamin dan mineral yang asas. Boleh gunakan checklist vitamin dan mineral ni untuk check. Kalau cover 90% pun kira ok lah kan.
3. Periksa peratus atau nilai nutrien. Secara umumnya, pilih supplement yang memberi 100% Daily Value (DV). Sesetengah nutrien tidak bekalkan 100% DV seperti kalsium dan magnesium. Jika nak penuhkan 100%, supplement akan jadi terlalu besar untuk ditelan!

Sumber: http://www.m.webmd.com/a-to-z-guides/features/choose-multivitamin?page=1


Posted via Blogaway

03 February 2014

Bagaimana ia bermula...

Aku terjebak dalam kancah supplement Shaklee ni masa aku mengandung 3 bulan. Aku sedar aku memang seorang yang susah nak makan, dan sangat memilih nak makan. Dah tentulah sangat risau jika baby dalam rahim tak dapat nutrient yang secukupnya.

Lantas aku tanya rakan FB masa tu, Puteri Rohayu tentang supplements untuk ibu hamil. Diterangkan ada trial package. Aku tanya pula tentang full package. Harga tambah sikit je dan stok boleh tahan sampai 4 bulan. Terus aje grab yang full package.

Aku ambik Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix. Masa pregnant tu mabuk muntah tak yah cerita lah, memang kena aje. Tapi alhamdulillah boleh bertahan. Yang takleh tahan kena kejang kaki atau nama glamernya simpul biawak. Aduhh memang jenuh le kejut suami mintak tolakkan tapak kaki. Bila tanya Puteri, dia suggest ambil Ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah pastu dah tak kena kejang kaki dah.

Sayang anak punya pasal, masuk trimester kedua tambah OmegaGuard, untuk tambah omega-3 dalam diet harian. Bagus untuk perkembangan otak bayi :)

Alhamdulillah aku alami pengalaman mengandung yang membahagiakan, dan itulah kisah permulaan aku "diracun" dengan Shaklee ;)

Jadi, apa kisah Shaklee anda?

Ima Sulaiman
SID 882520
ima367@gmail.com
SMS/WhatsApp 016.660.5816

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

01 February 2014

Promo February 2014: VITA-LEA

Promo Shaklee untuk bulan Februari 2014
Vita-Lea Iron Formula
Beli 6 botol, percuma satu botol.

Harga jualan sebotol RM88.75
Harga untuk bulan ini boleh dapat RM6X sebotol, bergantung pada terma dan syarat.

Boleh dapatkan sumber multivitamin dan multimineral ni daripada
Ima Sulaiman
ima367@gmail.com
SMS/WhatsApp 016 660 5816

Ima's Shaklee blog, is now here to conquer the world!

Salam blogworld!

Aku dedicate this blog untuk sumber rezeki kedua aku, melalui bisnes online dengan Shaklee.

Niat aku berniaga untuk tingkatkan taraf kesihatan diri sendiri dan orang lain, juga untuk bantu orang untuk tingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga masing-masing.

Semoga segala perkongsian dari blog ni mendapat manfaat untuk diri sendiri dan untuk semua.

Salam sayang,
Ima.