Hari ni Ima nak share, macam mana kami buat bisnes Shaklee ni.
Apa-apa pun, nak mula setiap bisnes, mesti orang tanya, "Berapa modal?" Ada dua cara dengan Shaklee ni.
1 - Bayar yuran keahlian Shaklee RM65. Tambahan RM10 (RM20 untuk Sabah dan Sarawak) untuk kos pos. Shaklee berikan Business Kit untuk setiap keahlian.
2 - Beli produk Shaklee bernilai RM650 (dengan 200UV), dan dapat keahlian secara PERCUMA. Juga akan dapat Business Kit seperti gambar atas tu.
Mudah aje, kan? OK, dah register. So, what's next? Apa yang kena buat? Buat iklan? Buat blog? Cakap dengan orang? Macam mana?
Jemput tonton video ni untuk dapatkan general idea untuk buat bisnes Shaklee ni.
Secara asasnya, ia berpegang pada 3 kunci: Use, Share, Build.
Kunci #1 : USE
Tak kenal, maka tak cinta. Nak cinta, kenalah guna produk Shaklee dulu. Biasanya, orang akan jatuh cinta dengan kesan penggunaan produk Shaklee. Cinta pertama aku adalah OsteMatrix masa mengandungkan Darrell, sebab selalu kena simpul biawak. Lepas amalkan 4 biji OsteMatrix sebelum tidur, dengan izin Allah, Alhamdulillah dah takde kena simpul biawak tu sampailah bersalin. Sampai sekarang masih ambil OsteMatrix sebab boleh elakkan sembelit dan juga tidur lena yang berkualiti. Like like like!
Kunci #2 : SHARE
Dah rasa sendiri effect lepas guna product Shaklee, kongsikan dengan orang lain! Sembang dengan family, kawan-kawan, sedara-mara apa yang korang rasa lepas gunakan product tu. 80% orang cenderung percaya apa yang dikongsikan oleh teman rapat dan keluarga sendiri (statistik Ima, 2014). Bila percaya, lebih mudah orang mencuba, membeli dan seterusnya jadi pelanggan tetap dan juga business partner!
Kunci #3 : BUILD
Nak bisnes Shaklee berkembang, kenalah bina network untuk reach lebih ramai orang yang perlukan manfaat Shaklee, sama ada product mahupun bisnes. Repeat the same steps, number 1, 2 and 3, and with the right people who also wants to be a leader like you, you are on your way building your own business empire.
Dah tiada rahsia untuk buat bisnes ni. Antara buat dengan tidak je. Jom join #TeamIMA dan Ima akan kongsikan lebih banyak tips dan juga personal guidance untuk "kerjakan" bisnes ni.
Your Shaklee Business partner,
Ima Sulaiman
Call/SMS/WhatsApp 016.660.5816
E-mail ima367@gmail.com
16 hari lagi, nak masuk 2 tahun.
Dulu lahir 2.65kg, sekarang Mama naik lenguh bila Darrell tidur berbantalkan lengan Mama.
Doakan Mama dapat didik Darrell jadi yang terbaik dunia dan akhirat.
Biasa kita berzikir sebab kita tahu manfaat sesuatu zikir itu. Hari ni Ima nak kongsi manfaat zikir Ya Wahhab. Zikir ni sangat biasa dipesan kepada orang yang mahukan kelapangan dalam pekerjaan, terutamanya yang buat bisnes. Ima ambil ni dari yang orang kongsikan di FB.
Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. Mulalah dengan 30kali dulu setiap pagi dan upkan setiap hari. InshaAllah, lama kelamaan akan jadi rutin.
Maksudnya: AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Peminat-peminat Collagen Powder keluaran Shaklee mesti excited kan, tetiba ada promo untuk Collagen Powder (SCP) pulak.
Bukan buy 6 free 1 ye, tapi buy 3 free 1, so, buy 6 free 2!
Berbaloi-baloi borong sekarang, sebab tahun depan takde SCP selama 9 hingga 12 bulan. Kenapa takde lama sangat? Ni Ima quote dari sumber yang boleh dipercayai.
Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini. Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1. Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan dihentikan bermula Januari 2015.
Tu diaaa... hampir setahun bakal tiada... perlukah peminat kolagen juga jadi setahun tanpa bekalan SCP? Oh tidakkkk~~!!! Panik panik panik.
Ada beberapa option kat sini:
1. Beli satu set (3+1), dapat free membership Shaklee (bernilai RM65). Stok SCP untuk 2 bulan.
2. Beli 6 set (18+6) untuk stok SCP selama setahun.
3. Beli satu set sebagai starter pack perniagaan anda.
Beli satu set (3+1) tu kan, terus dapat beli SCP dengan harga ahli. Dah lagi banyak jimat, lebih 20% tau.
Seriously, promo beli 3 percuma 1 lagi banyak jimat berbanding promo beli 6 percuma 1. Sungguh!
Korang ada "me time" tak? Waktu untuk korang buat benda yang korang suka, tanpa gangguan daripada sesiapa.
Aku jarang ada, sampailah semalam. Suami ada kerja di luar, anak tidur petang, dan aku baru beli buku Catatan Matluthfi oleh matluthfi90. Apa lagi, layan baca buku lah! Selama ni dok fikir, nak baca buku, nak baca buku. Tapi asyik terbuat benda lain je. Maklumlah surirumah separuh masa, kan, masa banyak kat pejabat aje. Time tu lah nampak baju kotor, time tu lah tergerak hati nak kemas almari lah, macam-macam. Jadinya semalam aku buat "buta" dan "pekak" kat semua benda, ambik buku, dan baca. Perasaan lepas habis baca buku? HAPPY SANGAT! Puas dapat buat benda lain dari biasa. Terus bersemangat nak teruskan hobi baru ni, iaitu membaca. Selama ni hobi adalah beli dan kumpul buku. Hehehehe.
Tak semestinya membaca buku je boleh dibuat semasa "me time" ni. Boleh juga berkebun herba, memancing, bertukang, melukis, baking, dan macam-macam lagilah. Aku belum teroka lagi cabang hobi yang lain, masih mencari keserasian. Cubalah adakan "me time" untuk diri sendiri. Setiap orang perlu masa untuk refresh.
Apa korang suka buat semasa "me time" korang? Atau apa korang akan buat semasa "me time" korang? (In case tak pernah ada "me time" sebelum ni) Share kat comment ye :)