02 February 2015

Class for Business Leaders with PM Cery




Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

31 January 2015, confirmed naik rank Supervisor. Setelah sekian lama tulis kat wallpaper phone, setiap bulan mesti update akan jadi Supervisor. Sejak April 2014. Setiap bulan mesti tulis kat phone "Ima SUPERVISOR April 2014". Bulan berganti, maka status pun berganti. Tapi bulan lepas aku tulis "Ima SUPERVISOR Feb 2015", Alhamdulillah dapat jadi Supervisor pada hujung January 2015. Mungkin tips nya kena tulis advance satu bulan ;)
1 February, nampak PM Cery update poster ni kat page FTC. Mesti pergi ni! Walaupun masih fasa "eh aku dah jadi supervisor ke? dah jadi leader ke?", aku mesej upline aku, Puteri, tanya ok tak aku pergi kelas ni. Mestilah mak suruh pergi kan. Awal bulan lagi tu, lagi mudah nak set next target, lagi mudah nak buat mindset ke arah masa depan yang lebih gemilang!

Syukurlah kelas awal pagi, sempat aku pergi sebelum aku punya kelas pukul 2. Style kelas ni adalah "grill sampai ko jawab". Tembak tembak tembak apa basics marketing? Apa latarbelakang company? Apa product yang ada? Macam mana jaga customer? Tembak tembak tembak. I like! Tak senang duduk dibuatnya. Berdebar-debar nak jawab walaupun soalan simple. Sambil grill, sambil bagi tips how to improve more. Kena berlapang dada masuk kelas camni. Hati tisu kalu, remuk hati kena grill hahaha. 
PM Cery

Good experience to be among the leaders. Paling best sharing session lah. Aku kena tanya, macam mana aku jadi Supervisor? Dengan perasaan masih bercampur baur baru jadi Supervisor dua hari, aku jadi kelu nak menjawab. Aku register sebagai member Shaklee pada August 2012, dan mula berbisnes sekitar October - November 2013. Lebih setahun masa aku ambik untuk naik rank, macam upline aku kata, aku sentiasa buat walaupun UV naik turun bak gelora. Konsisten lah senang katanya. Beberapa bulan terakhir ni aku tambah lagi cara aku sharing, dengan update blog ni lebih kerap, dan juga tambahkan amalan rohani. Amalan rohani seperti solat dhuha, tahajjud, taubat dan witir, zikir, selawat dan istighfar, Alhamdulillah buat aku lebih kuat dalaman untuk hadapi banyak dugaan berbisnes. Bunyi macam cliche, tapi bila kita buat, baru kita rasa result nya.

Tengah nervouse kena interview dengan PM Cery!

Tengah buat target for Feb 2015. PM Cery check satu-satu. Mujur dah buat semalam dan present pada Puteri :D
Memang best class buat kat Faizworld. Cukup selesa dengan warna hijau yang tenang juga kemudahan tandas, surau dan kids room yang disediakan. Paling best mestilah Tester Corner yang ada Cinch, Meal Shake, ESP, Performance drink dan pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.

Kalau nak sewa training room ni, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com

Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre

Doakan aku terus sukses dan maju dengan bisnes Shaklee. Aku nak jadi Master Coordinator dan nak pergi Global Conference di USA pada tahun 2016! See u guys there!

Ima Sulaiman
Effective Supervisor February 2015

01 February 2015

4 supplement promosi untuk Februari 2015

Promo Februari 2015
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua :D

Bulan ni sekali 4 Shaklee bagi promo. Vita-Lea Iron Formula, OsteMatrix, Advanced Joint Health Tablet dan Vita-Lea for Children.

Promo untuk Vita-Lea for Children pun dilanjutkan lagi dari bulan lepas, mesti sebab sambutan hangat kan. Sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar, untuk pastikan diorang dapat khasiat dan nutrient yang secukupnya. Perisa anggur asli, tanpa pewarna dan pemanis tiruan.

Sering lesu dan tak bermaya? Mungkin anda kekurangan nutrisi penting dalam badan. Vita-Lea Iron Formula bekalkan 28 jenia vitamin dan mineral untuk menampung keperluan badan, supaya kekal aktif dan ceria. Rasa multivitamin tak penting? Fikir semula...

OsteMatrix, supplement kegemaran saya! Minimum mesti ambil 1 set untuk stok sendiri setiap kali ada promo OsteMatrix. WAJIB BORONG untuk yang selalu rasa lenguh-lenguh, ibu hamil untuk elak simpul biawak, remaja yang belum baligh tapi nak tinggi dan juga yang ada masalah tulang dan gigi. Calcium yang datang dengan vitamin D dan magnesium ini adalah untuk anda!

Advanced Joint Health Tablet, biasa dipanggil AJHT. Mereka yang alami sakit-sakit sendi memang sangat suka supplement ni. Lebih lagi bagi yang kusyen sendi dah haus, memang digalakkan sangat ambil AJHT untuk pulihkan kembali kusyen sendi atau tulang rawan antara sendi tu.

Nak grab offer ni? Contact Ima cepat! Ima akan cadangkan set terbaik untuk concern anda, serta jadual pengambilan supplement dan tips berkaitan eksklusif untuk anda!

Ima Sulaiman
Supervisor February 2015
Call/WhatsApp +60166605816
E-mail ima367@gmail.com

27 January 2015

One week of exercise, apa aku rasa? I FEEL GREAT!

Bismillah.

Alhamdulillah dah seminggu bersenam, sesuatu di luar norma kehidupan seorang manusia bernama Ima Sulaiman. Will power tu penting, di samping ilmu, dan tak jemu untuk try and adjust. Alhamdulillah, memang rasa perbezaan sebelum bersenam (1 week ago) dengan selepas beberapa hari bersenam.



My top 3 findings on my new exercise routine of high knees, push ups, planking and crunches:

  1. Tak rasa mengantuk waktu tengahari. Biasanya after lunch mesti menguap macam hippo, pastu manja-manja nak tutup mata sekejap. Sebelum ni memang "qailullah" lajak setengah jam (or more... ooppsss...) Sekarang tak rasa pun nak tidur. Kalau tertidur pun masih terkawal.
  2. Aku rasa lebih tinggi. Mungkin sebab kerjakan upper body ni kan, selama ni membongkok je duduk atau berdiri. Bila diluruskan otot-otot semasa push ups dan plank, terasa lurus je belakang ni, campur dengan sore muscle haritu lah. Kalau duduk atau berdiri membongkok, lagilah sakit kan. hehehe.
  3. Rasa lebih yakin. Sebelum ni, rasa macam impossible je aku nak bersenam. Sekarang, dah takde dah rasa camtu. Rasa nak cuba routine lain pula. Dalam senarai ni pun tak semua aku buat lagi. There are still room for improvement. Chayok Ima!
Kalau tak tahu nak buat apa tahun ni untuk improve diri, cubalah bersenam. Ikut saranan kerajaan, 20 minit sehari, 3 kali seminggu. Routine yang aku buat sekarang took me around 5 to 10 minutes. OK lah kan as benginner, dan aku buat hari-hari. Lepas ni bila tambah lagi routine, mungkin kena letak 1 off day. Yeay!

Cabar diri anda, buat sesuatu yang lain. Hargai sihat sebelum sakit. Good luck!

Salam sayang,
Ima Sulaiman

26 January 2015

Exercise Journal : Day 6


Bismillah

20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
20 crunches
(2 sets)

High knees, push up & plank : OK
Crunches : dah tau dah nak bernafas macam mana. Try and adjust. Tumpukan pada abs. Bayangkan abs berotot. Ye lah tu. Hahaha

Lepas habis two sets, rasa nak sambung tidur je hahaha. Walaupun nampak sikit, bila buat betul-betul, baru rasa kesannya kat otot yang kita tak pernah tahu kewujudannya.

Esok akan share tentang apa yang aku dapat setelah seminggu memulakan rutin baru ni. Tunggu......            

Ima Sulaiman

25 January 2015

Exercise Journal : Day 5

Bismillah.

Semalam tak buat rutin sebab buat benda lain yang di luar rutin. Hari ni resume back, tapi buat belah petang lepas Asar tadi, and awesomeness continues B-)

Day 5
20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
(2 sets)
20 crunches

High knees : OK
Push ups : tambah lagi 10 berbanding Jumaat. First set ok. Second set ada semput sikit.
Plank : OK. Boleh tambah masa lagi esok.
Crunches : dah rasa ada 6 pack! Hahaha perasan mesti ada. Cuma tak tau nak ambil dan lepas nafas masa bila. Akan Google tentang benda ni.

Esok boleh cerita apa effect yang aku rasa selepas seminggu bersenam setempat ni.

Ima Sulaiman