Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

14 July 2015

Dapat duit raya sebelum raya, yeay!

Salam semua!

Alhamdulillah sempat sampai 27 Ramadhan dengan sihat. Alhamdulillah hari ni dapat duit raya daripada Shaklee! Duit raya? Ya, duit raya. Sebab masuk sebelum raya, kita panggil duit raya lah. Bulan-bulan lain takde raya, so kita panggil bonus bulanan ajelah. Hehehehe.


Setiap bulan dengan izin Allah, tanpa gagal, para pengusaha bisnes Shaklee akan dapat cash bonus daripada Shaklee pada 14 haribulan. Kalau yang buat bisnes secara part time, kami panggil bonus. Kalau yang berbisnes secara full time, itulah gaji bulan itu, kan? Manisnya bagi yang buat bisnes ni secara part time, hujung bulan dapat gaji kerja tetap, tengah bulan pula dapat bonus. Secara tak langsung kalau tengah sesak tu, memanglah lega kan.

Namun, untuk dapat duit yang buat kita rasa seronok ni, seperti kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Mana boleh duduk goyang kaki pasang aircond 16 darjah celcius tapi duit masuk kepuk-kepuk, kan? Mestilah ada usaha-usaha ke arah kejayaan yang mesti dibuat. Usaha-usaha ini pun biasanya melibatkan pembangunan rohani, skill dan juga komunikasi. Semua kena sama rata, sama kuat, sama berusaha. Barulah terasa manisnya pengorbanan :)

Nak tau tak, dengan Shaklee, bukan takat untung runcit je yang boleh dapat. Bisnes yang dapat untung runcit biasanya macam kalau kita beli shawl kat Jalan TAR tu kan, sehelai RM10, tapi biasanya harga borong adalah RM2.50 sehelai. Jadi, untung runcit adalah RM7.50. Jual lagi banyak, dapatlah lagi banyak untung.

Sumber RM RM RM dengan Shaklee bukan setakat untung runcit, tapi ada lagi 5 cabang RM. Ini senarai sumber RM yang boleh didapati dalam bisnes Shaklee
  1. Retail Profit
  2. Personal Bonus
  3. Net Personal Bonus
  4. Leadership Bonus
  5. Car Subsidy Program
  6. Incentive Bonus
Sekali dah menjerumuskan diri dalam bisnes ni, mestilah kena grab semua cabang RM ni, kan? Untuk yang baru mula bisnes, paling tidak pun akan grab nombor 1 dan 2. Tapi ada aje yang dapat nombor 1, 2 dan 3 dalam bulan pertama berbisnes. Bila kita hendak, semua pun boleh jadi. I AM POSSIBLE!



Sepanjang May hingga Oktober 2015, Shaklee tawarkan YES (Young Entrepreneur System) yang membolehkan mereka yang baru join nak buat bisnes dalam tempoh 6 bulan ni boleh dapat side income yang ditambah dengan pelbagai insentif dan matching bonus yang lumayan. Juga disediakan business plan yang mudah diikuti, semuanya terpulang berapa RM yang kita nak pada tengah bulan depan.

Berminat nak dapatkan side income dengan modal permulaan yang rendah? Contact Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau email saya di ima367@gmail.com untuk set appointment. Raya ni pun boleh jumpa, insyaAllah. 

Saya dapat business leaders BARU hari ini!
Ima Sulaiman

26 June 2015

Kenapa digalakkan bertadarus di bulan Ramadhan?

Tadi pagi sambil buat kerja, Kak Ila bukak radio IKIM.FM, ada segment Tarbiyah bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. Tajuknya adalah Ramadan Bulan Al-Quran.

Ada orang tanya soalan kat FB Ikim.Fm, tentang tadarus pastu update kat group WhatsApp, seperti yang ditanya oleh Siti Aziah.

dari FB Ikim.Fm

Antara isi huraian Ustaz Syed Nor Hisyam:

  1. Tadarus maksudnya sorang baca Quran, orang lain check. Pastu orang lain pula baca, then yang lain pula check. 
  2. Kalau tak khatam Quran, takpe ke? Ustaz kata, takpe. Paling penting, kita betulkan bacaan dan baca Al-Quran. Lagi bagus baca sekali dengan terjemahan. Terjemahan tau, bukan tafsir. Kalau tak faham terjemahan, lagi bagus. Boleh jumpa ustaz atau ustazah untuk huraian yang lebih lanjut. Bukankah lebih indah fahami Quran sebegitu :)
Begitulah sedikit perkongsian tentang tadarus. Bila dengar ustaz explain, baru nampak betapa indahnya bertadarus di bulan Ramadhan. Nak khatam Quran boleh dijadikan personal target juga, namun tadarus tu kita ambil sunnah nabi.

Harapnya nanti akan ada video atau audio tentang tarbiyah ni kat website IKIM.FM. Check it out later, k? :)

Indahnya Ramadhan!



Sembang Ramadhan

Hari ni hari terakhir untuk students buat add and drop subjects.
Biasalah, dah hari terakhir baru berminat nak add itu ini.
Layan ajelah dah itu tugas aku :)

Tadi sementara nak process requests students ni, diorang tanya aku.
"Miss, how's your Ramadhan?"
"Alhamdulillah, so far so good."
"MasyaAllah I haven't done much. It is already 9 Ramadhan right? Haven't finished reading Quran.
Ramadhan we are supposed to be with family. My friends after their finals all go back to their family."

KakMa senyum ajelah.
Dah korang dapat awal semester masa Ramadhan, nak buek cemano.
Jihad jugak nih.
Students aku ni international students.
Aku terharu sebab diroang tanya progress Ramadhan aku.
Pertama kali seumur hidup kot.

Alhamdulillah :)

25 June 2015

Kisah 8 Ramadhan

Sembang suami isteri lepas berbuka

Suami :  Nipis betul. Boleh nampak Komtar
(Sambil tunjuk tumbler air yang berisi air Ribena Lemon buatan isteri)
Isteri : Untunglah boleh nampak Komtar, takyah susah-susah pergi sana
Suami : Kan dah ada Ribena sebotol tu, buatlah.
Isteri : Ambik rasa je cukup lah. Orang lain lagilah takde.

*Panggg! Isteri bayangkan dapat tamparan imaginary daripada suami*

18 June 2015

Pengalaman berteraweh sekeluarga di Masjid Sungai Ramal

Salam 1 Ramadan!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh berkat ini. Memang bersemangat sungguh berteraweh malam tadi, kami masing-masing mengheret anak pergi ke Masjid Sungai Ramal dan join kemeriahan sambut Ramadan dengan solat sunat teraweh.

Balik kerja je terus cari baju Melayu untuk suami dan anak. Semua kena cun, cantik, bersih untuk ke masjid. Darrell pun excited hari-hari pun lalu depan masjid, ni baru nak pergi betul-betul.

Masjid penuh! Seronok kalau setiap kali solat fardu pun penuh sebegini. Aku terpaksa dengan sengaja duduk luar, senang Darrell nak cari kalau dia meragam. Solat Isyak berjemaah Alhamdulillah Darrell masih behave. Lepas tu ada ucapan dan tazkirah daripada orang masjid. Malam ni ada moreh bubur lambuk yeay!

Tazkirah adalah tentang solat sunat witir. Mana yang lebih bagus, buat witir sejurus teraweh, atau buat witir semasa qiamulail?

Ada dua pendapat dari sahabat Nabi Muhammad (berselawatlah ke atas Baginda), iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Kedua-dua mereka adalah rapat dengan Baginda, maka kita boleh ikut contoh mereka. Saidina Abu Bakar mengamalkan solat sunat witir selepas solat sunat teraweh, kerana Abu Bakar adalah orang yang hati-hati, bimbang tidak terjaga semasa qiamulail. Menurut Saidina Ali pula, witir dikerjakan semasa qiamulail. Jadi, nak buat witir lepas mana-mana solat pun boleh, ikut kemampuan masing-masing.

Masjid Sungai Ramal buat teraweh 8 rakaat, diikuti dengan tazkirah dan solat witir. Maka solat teraweh pun bermula...

Sambil tazkirah diberi, kami yang duduk kat luar ni dihamparkan dengan carpet yang baru dibuka dari gulungan. Belah kanan jemaah lelaki, belah kiri masjid jemaah perempuan. Aku duduk dekat dengan pintu utama, bersebelahan dengan gulungan carpet yang agak besar. Nak mula teraweh ni, Darrell started whining. Darrell ni ada OCD sikit. Dia nak semua benda proper di mata dia. Jadinya kali ini, gulungan carpet tu adalah tidak proper di mata dia. Maka ibu mithali ini buka dan lipat sikit-sikit carpet tu supaya tidak bergulung lagi. Dah rata, baru Darrell happy dan sambung main. Ibu mithali ini jadi makmum masbuk untuk teraweh yang pertama. Tak perlu stress, ini kan solat sunat. Dapat berjemaah pun sangat seronok, kan? :)

Solat teraweh yang kedua... Oh ada budak sebaya Darrell, nampak seperti nak main sama-sama. Oh tidak, dah mula tolak-tolak! Ibu mithali ini batalkan solat untuk selamatkan keadaan, namun anak sudah meraung. Huwaaaa... selepas tenang, ibu mithali ini sambung solat dan adalah masbuk lagi *peluh besar*. Mendengar suara anak syurga ini menangis, bapak mithali pun ajak kami pulang.

Maka pulanglah kami selepas 2 salam. Pergi moreh kat Restoran Yus. Balik rumah sambung lagi 2 salam selepas Darrell tidur. Selamatlah kisah kami teraweh di Masjid Sungai Ramal :D

Best kan teraweh? Setahun sekali je dapat buat. Bulan lain takde teraweh. Jadi, rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini :)

Salam Ramadan,
Ima Sulaiman