Berkongsi kisah kehidupan, bagaimana saya kekalkan hidup sihat, dan berniaga untuk second income keluarga.
19 June 2015
Kenangan sahur 2 Ramadhan 1436
Kami suami isteri memang sepakat masak sahur sebelum masuk tidur. Masak memasak yang hebat-hebat ni memang tugas suami, sebab dia yang lagi banyak selera dari isteri hihihi. Suami teringin nak makan sambal, jadinya menyambal lah malam tadi.
Dah siap masak segala (goreng ayam, buat sambal, masak nasi), lapar la pulak. Makan aje dulu sebelum tidur. Aku pun lapar gak. Semalam berbuka, suami buat mi bodo. Apa tu mi bodo? Next time lah cerita hehehe. Aku makan mi bodo, suami makan nasi. Maka kami pun masuk tidur.
bzzz bzzz bzzz bzzz bunyi vibrate tepon aku. MasyaAllah, 5.30am! Melompat terus dari katil. Ke mana pergi alarm berderet-deret dari jam 4 pagi? Terus kejut suami, nak sahur tak? Dah 5.30 ni?
Time tu jugak la Darrell pun terjaga nak susu. Kami berdua dah kat dapur, mencekik apa yang mampu hahaha. Kurma (bukan masak kurma) yang kami terjah dulu. Aku ambik 3 biji kurma, tuang air sejuk kosong dalam shaker, tambah 3 sudu ESP, rembat botol Vita-Lea dan SR Vita-C, bawak naik atas sebab Darrell dah nangis nak susu.
Sambil telan kurma, sambil buat susu Darrell. Cas cus cas, siap. Masa awal sampai bilik, pujuk Darrell sambil goncang ESP. Dia ingatkan mak dia dah siapkan buat susu dia. Hahahaha ampun nak! So, minumlah kami bersama dalam bilik yang suram-suram maya. Habis makan kurma, aku makan 2 biji Vita-Lea dan sebiji SR Vita-C, sambil berdoa sekuat hati Allah beri kekuatan berpuasa hari ni.
Habis je telan apa yang patut, azan pun berkumandang. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk bersahur hari ini :)
Alhamdulillah juga masih kuat jiwa dan raga untuk teruskan berpuasa. Tazzabar nak berbuka!
23 January 2015
3 tips atasi sengal otot dan sendi lepas bersenam - Exercise Journal : Day 4
Mula rasa sengal selepas bersenam? 3 kunci : Warm up, omega-3, vitamin C.
Day 4 :
20 high knees
10 push ups
20 second plank
(2 sets)
Alhamdulillah, dah masuk hari ke-4! High knees makin lancar, Darrell pun tolong kira pagi tadi. I feel great! Push ups pun makin bagus, esok kita tambah jadi 20. Buat planking, Darrell boleh tadah muka tepi kepala aku. Pelik agaknya, nak kata sujud, bukan sujud. Apa-apa ajelah mak.
Cerita kat Ina, kawan opis ku, dia dok pelik kenapa aku beriya-iya buat push up segala, sebab semalam aku cerita kat dia tangan rasa lain macam sikit. Aku kata, nak sihat, nak tambah otot kat lengan, senang nak dokong Darrell. Hahahaha.
Semalam mengkaji kat Google, cari apa yang boleh buat untuk kurangkan sore muscle after exercise, ataupun delayed onset muscle soreness. Inilah yang aku alami kelmarin dan semalam! Disarankan untuk
- Buat warm up dan stretching sebelum mula senaman - CHECKED
- Makan makanan kaya omega-3 untuk elakkan radang (inflammation) pada sendi. Makanan kaya omega-3 : ikan salmon, chia seed, flaxseed, ikan sardin. - CHECKED
- Makanan yang ada vitamin C, kerana vitamin C boleh bantu menyingkirkan asid laktik yang berkumpul dalam otot selepas bersenam dan bersukan. Cadangan makanan : brokoli, buah-buahan sitrus, nenas, lada benggala hijau. - CHECKED
31 December 2014
STICKY POST
STAR OF THE MONTH : Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, Collagen Powder
08 May 2014
Mahalnya supplement Shaklee!!!
Tapi tak semua supplement Shaklee tu mahal.
Contohnya Sustained Release Vita-C,
sebotol ada 180 biji,
berharga RM92.50.
Sebiji RM0.51, senang kira 50 sen sebiji vitamin C 922mg.
Sehari makan sebiji.
Kiranya, sebotol tahan 6 bulan.
Cuma RM15.42 sebulan untuk kecantikan kulit.
Ni nak buat kira-kira untuk set Might 3 Gem.
Kita ambil kiraan 1 sudu besar = 15g, 1 sudu kecil = 5g.
Lebih kurang la ek.
Nak lagi tepat, boleh timbang.
First up, ESP.
Satu canister ada 850g.
Katalah ambil 1 sudu besar sehari, 15g
Satu canister ESP boleh tahan hampir dua bulan, lebih kurang 55 hari. (850g / 15g)
Sehari boleh ambil maksimum 3 sudu besar.
Ni kiranya kira-kira untuk panjangkan "usia" satu canister.
Nak kesan optimum, ambillah 3 sudu besar sehari :)
Kedua, Meal Shakes.
Satu canister 544g.
Sehari ambil 2 sudu kecil = 2 x 5g = 10g.
satu canister MS boleh jadi 54.4 hidangan (544g / 10g)
Hampir 2 bulan juga tu kan.
Last, Performance.
Ni kalau lagi banyak, lagi sedap.
Sedap rasa orennya.
Ingat tak TANG, ada masa kita kecik-kecik dulu tu.
Hehe orang lahir tahun 80an tahulah TANG ni.
Performance ni bentuknya camtu lah, serbuk oren.
Sehari sekali bancuh satu sudu besar dengan air sejuk, minum, segarnya!
Boleh tahan sebulan lebih sikit je.
Jadinya kalau terasa-rasa mahal jugak supplement Shaklee ni, register sebagai member dengan Ima.
Harga member memang lagi murah, biasanya boleh jimat sehingga 30% dari harga retail.
Lepas jadi member, bolehlah kata "Murahnya Shaklee!" hahahaha.
Ima
SID 882520
WhatsApp/viber 0166605816
07 February 2014
Seronoknya berpantang!
Multivitamin dan multimineral, memberi tenaga dan melengkapkan nutrien harian si ibu. Menyusukan anak banyak nak guna tenaga tau. Vita-Lea dapat membantu mengatasi keletihan lepas bersalin dan jaga anak.
Fungsi B-complex ni adalah untuk tukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga bagus untuk kestabilan mood ibu berpantang. Ibu berpantang kena sentiasa tenang, nak menyusukan anak kena tenang untuk susu keluar dengan lancar.
Vitamin C penting untuk sistem imun ibu dan anak. Ia juga bagus untuk pemulihan luka dan pertumbuhan sel baru untuk ibu.
Nama ringkasnya ESP. Terkenal sebagai sumber protein non-GMO, bagus untuk pertumbuhan sel baru ibu, dan milk booster. Quick fix jika ibu lapar selepas menyusukan baby.
Selalu dengar kalau baby suka sembur airliur, nanti rambut ibu gugur, kan? Elakkan rambut gugur tak tentu hala dengan Zinc. Zinc juga bagus untuk penyembuhan luka dalaman.
Mood tak menentu sejak bersalin? Stress nak sesuaikan diri dengan suasana serba baru? GLA boleh membantu regulate hormon, untuk mood yang lebih stabil dan lebih tenang. GLA juga boleh mengawal diabetes jika ada.
OmegaGuard mampu memanaskan badan ibu, disamping memastikan kelancaran susu dan susu kaya dengan DHA! OmegaGuard juga bantu ibu ramping lebih cepat, sebab bantu bakar lemak. Oh banyaknya fungsi!
SMS/WhatsApp +60166605816
E-mail ima367@gmail.com
03 February 2014
Bagaimana ia bermula...
Aku terjebak dalam kancah supplement Shaklee ni masa aku mengandung 3 bulan. Aku sedar aku memang seorang yang susah nak makan, dan sangat memilih nak makan. Dah tentulah sangat risau jika baby dalam rahim tak dapat nutrient yang secukupnya.
Lantas aku tanya rakan FB masa tu, Puteri Rohayu tentang supplements untuk ibu hamil. Diterangkan ada trial package. Aku tanya pula tentang full package. Harga tambah sikit je dan stok boleh tahan sampai 4 bulan. Terus aje grab yang full package.
Aku ambik Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix. Masa pregnant tu mabuk muntah tak yah cerita lah, memang kena aje. Tapi alhamdulillah boleh bertahan. Yang takleh tahan kena kejang kaki atau nama glamernya simpul biawak. Aduhh memang jenuh le kejut suami mintak tolakkan tapak kaki. Bila tanya Puteri, dia suggest ambil Ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah pastu dah tak kena kejang kaki dah.
Sayang anak punya pasal, masuk trimester kedua tambah OmegaGuard, untuk tambah omega-3 dalam diet harian. Bagus untuk perkembangan otak bayi :)
Alhamdulillah aku alami pengalaman mengandung yang membahagiakan, dan itulah kisah permulaan aku "diracun" dengan Shaklee ;)
Jadi, apa kisah Shaklee anda?
Ima Sulaiman
SID 882520
ima367@gmail.com
SMS/WhatsApp 016.660.5816
Posted via Blogaway




