08 July 2015

Air Katira, minuman yang cuma muncul dalam bulan puasa

Salam semua :)

Air Katira, atau kathira? Siapa pernah dengar nama air ni? SAYA! Siapa pernah minum air ni? BUKAN SAYA! Seriosa. Aku tak pernah minum air katira sebelum ni, walaupun duduk kat Johor dari Disember 1994 sampai March 2007. Tak pernah teringin pun nak minum. Tapi semua tu berubah pada Ramadan ini di sebuah gerai di hadapan Uniten....

Sebelum ni, aku memang biasa beli kacang pool kat gerai ni. Memang terbaik. Pada aku, kacang pool yang abang ni jual dah mirip sangat dengan kacang pool Hj Mahpool yang kat sebelah Balai Bomba Larkin tu. Takyah pergi JB dah untuk lepas rindu makan kacang pool. Hehehe. Abang yang buat ni asalnya dari Batu Pahat. Memang dah ada gerai tetap pun kat situ.



Pada satu hari Ramadan yang indah, aku teringin makan kacang pool. Menujulah aku ke gerai kacang pool ini. Wah, ada jual air pula lah sempena Ramadan. Ada air katira, soda bandung dan lemon asam boi. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aje aku pun order lah "Kak, nak air katira satu!" padahal tak pernah pun minum air katira. Aku tak tau apa nak expect. Aku confident order sebab tahu diorang memang orang Johor, jadi, takkan la tipu sangat kan air katira yang diorang buat. hehehe.

Tu diaaa air katira special, bandung soda, laici asam boi dan satu lagi tong katira diberi nama Kathira JDT (padahal sama je air dengan yang dalam tong Kathira Special neh kuikuikui)
Masuk waktu berbuka. Minum dengan bahagia. Darrell pun join sekali minum air kathira ni. Siap tambah lagitu. Tak pernah aku tengok anak aku bersungguh-sungguh minum air siap mintak tambah. Sebab warnanya kah? Sebab rasanya kah? KakMa pun tak tau lah.

Apa yang ada dalam air kathira yang so marvelous ni?
Yang aku dapat detect dan wujud dalam air katira ni adalah :
  • Cincau
  • kathira
  • selasih
  • barli
  • ais krim soda
  • warna hijau
  • susu cair
  • air
  • air batu
Aku tak pernah rasa air kathira yang glamour kat JB tu, so aku takleh nak compare. Sejak cuba sekali, hari-hari pun aku beli air kathira kat gerai ni. Sikit punya berhantu! Bagi yang nak cuba, silakan. Kat gerai penjaja depan Uniten, area tengah-tengah. Banner tulis kacang pool. Sebungkus kecil RM3. Bungkus besar RM4. Selamat mencuba :) Nanti share comment kat sini ye.

p/s: macam nak cuba air bandung soda pula hari ni. mih mih mihhhh

No comments:

Post a Comment