29 July 2015

Seronoknya berpantang dan rasa sihat

Salam semua :)

Hari ni saya nak share pengalaman saya berpantang dengan supplement Shaklee, terutamanya VIVIX. Saya berpantang pada Januari 2013 di rumah Mama saya. Selain postnatal set, saya add on juga VIVIX. Maklumlah kelahiran yang pertama, kalau boleh semua nak tip top. Alhamdulillah, memang tak salah pilihan saya dengan add on VIVIX disamping set postnatal yang saya ambil.

Antara yang dapat saya rasakan adalah saya rasa lebih cergas walaupun malam kena bangun beberapa kali untuk susukan anak. Cergas yang rasa nak jalan laju-laju. Mama pesan, jangan jalan laju sangat! Seram agaknya tengok anak dia jalan laju sangat. Nanti terlanggar apa-apa, ibu berpantang juga yang susah. Hehehe.

VIVIX diperbuat dari buah dan sayuran berwarna ungu

Selain tu, Alhamdulillah dikurniakan juga susu yang cukup untuk baby sepanjang tempoh berpantang. Badan pun takde sengal-sengal sangat walau kerap bangun duduk sebab nak susukan anak sambil duduk. Pendek kata, memang puas hati lah ambil VIVIX semasa berpantang walaupun hanya minum satu sudu kecil sehari. Sikit, tapi POWERFUL!

Ini screenshot testimoni pengguna VIVIX semasa berpantang. enjoy!

Mahukan berpantang dengan sihat dan ceria bersama si kecil? Jangan lupa amalkan VIVIX setiap hari semasa berpantang. Jadilah ibu berpantang yang kuat, cergas dan ceria!

Hubungi Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mel : ima367@gmail.com
hari ini juga! Saya tunggu pertanyaan anda :)

27 July 2015

Muka berseri sewaktu hamil

Hamil dan bermuka pucat macam vampire?
Salam semua :)

Hari ni officemate tegur, "Eh Ima, kenapa muka you nampak pucat hari ni? Tengok perut sikit." Apa kaitan tengok perut dengan muka pucat pun tak tau lah hahahaha. 

Perut makin ke depan, tapi muka makin pucat? Kasihan ibu mengandung ini. Hihihi.

Aku ni memang jenis tak suka pakai make up. Secalit bedak pun tak kuasa nak ku oleskan ke pipi gebuku ini. Time consuming for me. Allah beri rezeki terlewat bersiap nak ke kerja hari ni. Vitamins semua dalam beg balik kampung lagi. Malam tadi baru touchdown Kajang dari Melaka. Kelam-kabut punya pasal, semua pun kat rumah. Hati semangat waja nak mengajar, tapi badan lemau light-light. Pace kita ikut semampu kita ajelah ye.

Sebenarnya, antara sebab aku nampak pucat hari ni adalah sebab aku tak ambil multivitamin kegemaran aku pagi ni : Vita-Lea Iron Formula. Biasanya waktu pagi lepas sarapan, ambil dua biji Vita-Lea untuk tenaga tambahan. Pulaknya hari Isnin adalah hari aku ada kelas penuh. Pagi aje lab dah 3 jam. Petang ada kelas 2 jam. Habis kelas, melepek terus.

Kalau korang pun spesis tak suka pakai make up macam aku, pastikan makan makanan seimbang, minum banyak air, dan ambil vitamin yang boleh tampung kekurangan nutrisi dari pemakanan. Pilihan aku setiap hari, mestilah Vita-Lea Iron Formula daripada Shaklee.

Tips untuk bermekap untuk naikkan seri wajah >> http://pama.karangkraf.com/s-j/wajah-pucat-ketika-hamil-1.33472

p/s: Jangan sampai orang confused antara vampire dengan muka pucat korang ye....

Nutritional info of Vita-Lea

p/s lagi : Nak tau tak macam mana nak dapatkan Vita-Lea Iron Formula dengan PERCUMA? WhatsApp Ima kat +60166605816 untuk info lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat. Cepat, sebelum promosi habis!

Tips Ibu Mengandung
Tips untuk ibu mengandung :)


25 July 2015

#throwback : Majlis Merisik Ima + Duff 16 September 2010

Salam semua.

Alhmdulillah lepas Asar tadi dah selamat merisik untuk adik ipar. Kat Melaka aje jugak. Dalam 20 minit perjalanan je dari rumah Babah. Takyah cerita pasal orang, kita throwback aje majlis merisik kita 5 tahun lalu hik hik hik *gelak miang*

Sebenarnya aku tak ingat pun bila exact tarikh merisik. Mujurlah upload gambar kat FB kan, pastu kat gambar tu pun ada tarikh. Yang aku ingat cuma masa tu hari raya. Raya ke berapa pun aku tak ingat. Hahaha.

Majlis merisik aku more to sesi jejak kasih. Happened to be yang Babah (my FIL) adalah anak buah kepada Cikgu Yassin. Cikgu Yassin ni ada (aku tak ingat lah apa nama connection ini. a little bit complicated tapi bukan negative punya complicated tau. cuma aku yang susah nak digest hahahaha) dengan Aunty Nora. Masa kat US dulu, Abah dan Mama yang uruskan perkahwinan Aunty Nora. Nikah, bersanding semua kat rumah kami masa kat US.

Kesimpulannya, aku dan Duff takde hubungan kekeluargaan (if you guys out there are wondering lah). Dan, tak seperti majlis merisik yang lain, orang-orang tua hanya sembang-sembang aje, takde discuss pasal bila nak wat majlis bertunang and what not. Katanya biar anak-anak discuss. Untunglaaa....

Sebab dalam suasana hari raya, kami pun happy happy makan kuih raya ajelah. Best best best. Boleh pulak dalam perjalanan balik dari merisik tadi, diorang pun throwback pasal majlis merisik kami. 

"Dulu Ima siap sarung cincin,kan?"
"Dah Mak Wek (nenek pada Duff) dok panggil KakMa nak sarung cincin, KakMa bagi je lah tangan"
"Hahahahaha gelojoh nak cincin!"
"Dah orang nak bagi, amik ajelah hihihihi"

Mak Wek (duduk) dan Arwah Nenek Dinah

cincin_belah_rotan
Cincin merisik. Belah rotan.

Satu yang aku baru tahu adalah tentang cara cincin merisik ini di hiaskan. Kotak cincin ni diletak atas kain saputangan putih. Bawah sapu tangan tu diletak gula batu yang diletakkan dalam mangkuk. So sweet kan ada gula batu bagai. Apa simboliknya aku pun tak tau. Tapi mengenangkan gula batu, teringat pula kat lengkong. Yummm sedapppp...



Almost 5 years ago majlis ni berlangsung. Alhamdulillah sedang menunggu cahaya mata kedua sekarang.

p/s: Rindu nenek...

23 July 2015

Sihat sebelum sakit

Salam semua.

Masih mood raya, kan? Aku pun sama. Duduk je kat office sejak Rabu, tapi hati tertinggal kat kampung. Teringat balang kuih raya berisi kuih tat dan kerepek-kerepek kegemaran, bertukar-tukar cerita terkini dan yang akan berulang setiap kali raya. Oh seronoknya....

Dalam pada raya ni, ramai pula yang cari peluang untuk tambah duit. Anak-anak tambah duit dengan terima duit raya. Mak Bapak pula camne? Diorang boleh juga "tarik duit" dengan berkongsi cerita dan pengalaman sendiri. Masa berziarah ni lah paling sesuai untuk bertanya khabar dan juga berkongsi kisah.

Antara topik yang hangat diperbualkan adalah topik kesihatan. Baru je jatuh sakit, bile check tau tau aje dah cancer stage 4. Innalillah. Tak termasuk yang sakit-sakit "biasa" seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi.

Raya baru ini kami sekeluarga juga berkesempatan ziarah saudara belah suami yang diserang stroke. Anak yang bongsu pula sedang alami jantung berlubang. Baru beberapa bulan usianya. Semoga segera sembuh kedua bapa dan anak. Bagi kita yang sihat, hendaklah berjaga-jaga dengan pemakanan dan aktiviti harian. Ambil iktibar dari cerita-cerita di sekeliling kita, buat yang terbaik untuk keluarga. Bukan sahaja dari segi kesihatan, kewangan pun perlu dijaga.

Zaman sekarang, satu income untuk satu keluarga hampir mustahil. Boleh hidup, tapi cukup-cukup sahaja. Mungkin juga terpaksa ikut saranan penasihat kewangan dengan tidak balik beraya juga. Masa macam inilah, side income sangat membantu. Bukan untuk hidup bermewah-mewahan, tapi untuk bantu orang lain juga. Seperti side bisnes yang aku buat, seolah-olah serampang dua mata. Memberi manfaat kesihatan kepada orang, juga boleh dijadikan side income business. Win-win situation for distributor and customer.

Apa yang perlu dibuat? Hanya berkongsi kisah. Tidak memaksa orang untuk membeli. Kita sendiri guna dan rasa perbezaannya, kita kongsi kisah itu dengan orang lain. Orang terima, alhamdulillah. Orang tak terima, alhamdulillah juga, kita tak rugi apa-apa. Repeat.

Harapan aku adalah semua orang yang aku kenal akan sentiasa sihat. Aamiin.

Nak mulakan side income anda? Hubungi Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau e-mail kepada ima367@gmail.com dan saya akan hantarkan proposal bisnes Shaklee kepada anda.



22 July 2015

Mi Kari Cina


Sejak bulan puasa teringin nak makan mi kari style orang Cina punya. Ada dua je option, sama ada pergi makan kat gerai orang Cina, atau makan kat Old Town. Ada lagi satu option sebenarnya, tapi kena pergi Taman U Skudai. Jauh sangat tu...

First time aku kenal mi kari style Cina ni masa makan kat Taman U. Gerai tu kat gerai sebelah pasar. Bakdin lah yang ajar. Ada beza mi kari yang orang Melayu buat dengan orang Cina buat. Mi kari Cina ni kuahnya lebih nipis, tapi full of flavours. Pastu ada tauhu rompong tu, fucuk goreng, the best fishball you can get, dan juga kerang. Rasa dia? Best in the world! Tu masa zaman belajar kat UTM, dah lama tak makan mi kari style begitu.

Malam tadi berkesempatan lah kami mengunjungi Old Town kat Bandar Baru Bangi. Kita hirup dulu! Alhamdulillah sedap seperti yang dijangka. Cumanya takde kerang. Aku ambil mini bowl Mi Kari, suami ambil Pan Mee Kari. Roti bakar untuk Darrell.

Alhamdulillah craving untuk mi kari style Cina dah boleh cross out dari list :)

21 July 2015

Mak kena diabetes!

Salam semua :)

Hari ni tertarik dengan kisah yang mentor saya share di FB. Macam mana healing crisis yang berlaku dan apa kesan selepas menggunakan VIVIX untuk mereka yang menghidap diabetes. Dalam keluarga saya, Abah ada diabetes. Dikesan semasa buat medical checkup untuk pergi haji pada tahun 2009. Setelah dikatakan ada diabetes, Abah terus kawal makan. Nasi stop. Makan roti wholemeal sahaja dengan lauk pauk. Masa tu kami belum kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah diabetes abah terkawal sampai sekarang. Ya, Abah tak makan nasi sampai sekarang. Paling hebat pun seminggu sekali aje makan nasi. Masih dengan diet roti atau lempeng untuk lunch dan dinner.

Jemput baca perkongsian testimoni tentang bagaimana VIVIX membantu Mak mereka dalam menghadapi diabetes.


Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Nak bantu yang tersayang bebas diabetes? Contact Ima menerusi WhatsApp di +60166605816 atau e-mel kepada ima367@gmail.com untuk cadangan dan pembelian.

20 July 2015

Aidilfitri ke-4 dari Tanah Melaka

Kumpulan marhaban kampung yang datang rumah Babah malam tadi..


Marhaban Kampung Bukit Durian
Kumpulan Marhaban Kg Bukit Durian bersama tuan rumah

Salam Aidilfitri untuk semua! Dah masuk hari ke-4, dah ada yang dah masuk kerja. Aku masih bercuti di kampung belah suami. Kalau bercuti kat kampung aku, mungkin dah masuk kerja jugak hari ni hahaha.

Sementara tunggu si bujang ni bangun tidur, kita tulislah seround. Gian nak menulis beberapa hari raya nih hahahaha. Berlegar-legar idea menulis, tapi semua kita rilek-rilekkan dulu layan orang happy happy nak raya. 

Hari ni baru rasa cam hari normal. Baru boleh bangkit dengan rasa tak berapa nak raya dan sedar tanggungjawab pada keluarga. Hahahaha ayat dahsyat sangat, macam abaikan keluarga pulak selama ni ek. Ala paham-paham ajelah bila festive season ni kan, mana sama dengan rutin harian biasa. Pagi ni dah sempat basuh baju, sental baju, jemur baju, mandi, buat solat dhuha, iron baju untuk dipakai hari ni, sediakan baju untuk Darrell pakai, dan ni tengah tulis blog post.

Takde mood nak makan sangat pagi ni, mujur memang bawak tong ESP dan Meal Shakes ke sana sini. Kita layan protein shake aje pagi ni. Dah tiga pagi dok sendatkan perut dengan nasi impit dan lauk pauk raya, hari ni stok makanan raya pun dah habis hahahaha. Maka kembali menyerikan hidup dengan protein shake non-GMO ini lah. Untunglah.....

Hari ni belum ada plan nak ke mana lagi. Rumah saudara mara pun dah habis ziarah. Kat Melaka kan banyak tempat menarik. Boleh naik beca, naik menara Taming Sari, beli kompang kecik, makan kuih muih tradisional. Tapi itulah bila cuti, kat Melaka memang jammed giler! Sebab tu kami sekeluarga bila balik Melaka, memang tak ke mana. Duduk aje kat rumah menghabiskan letrik hahahahaha. 

Sudah-sudah le buat-buat sibuk macam buat kerja pejabat kat rumah mak mertua nih. Better log off dan menyanyi kat suami supaya bawa kami jalan-jalan hari ni hoyeah!

18 July 2015

Salam Aidilfitri 2015

 Salam semua! Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah sampai juga kita ke Syawal untuk meraikan kemenangan berpuasa sepanjang Ramadan. Menyambut raya di Meru dahulu, solat sunat Aidilfitri seawal 8.15 pagi, sebab nak elakkan rush untuk solat Jumaat. Pagi tu suami pula diserang sakit sebab batu karang dia pula, kesian nak kejutkan untuk pergi solat sunat. Mujur dia sendiri nak bangun dan pergi juga.

Antara yang ditekankan dalam khutbah solat sunat Aidilfitri kat Surau Darul Aman tahun ni:
  • Pergi beraya jangan bawa telefon! Kalau nak sangat main telefon, tak payah pergi beraya. Tuan rumah pun sama, jangan dok ngadap tepon aje. Kalau nak main telefon, takyah bukak pintu rumah. Dok aje kat rumah ngadap tepon tu.
  • Pergilah berziarah, sebab ianya adalah sunnah.
Sharing some family photos, kenangan di masa hadapan :)


Di Rumah Warisan, Jalan Belimbing

Di Benjen Villa, Kg Bukit Durian, Melaka



16 July 2015

5 item mesti ada atas meja Raya 2015

Salam semua :)

Mesti ramai tengah buat last minute preparation kan dah nak raya sangat dah ni. Biasalah tu. Dah minit-minit terakhir ni lah baru datang semangat beraya. Tambah lagi dah kumpul adik-beradik, tak terasa pun masa berlalu nak siapkan kerja. Ni aku nak share 5 item mesti ada atas meja pada musim Raya 2015. Paling tak pun, ada 4 kot. hehehe.

5 item mesti ada atas meja raya


1. Kuih Raya

Kuih Kapit Coklat dan Popia Simpul daripada #KrupKrap
Wajib adalah kan. Sambil sembang-sembang, boleh alas perut. Tenaga diperlukan untuk bercakap, bukan setakat hiasan je kuih raya tu. Boleh juga jadi tajuk perbualan, terutamanya kuih yang tuan rumah buat sendiri, atau yang menantu buat, atau kalau semua kuih pun "kuih tunjuk", ia masih boleh jadi topik perbualan.

2. Bunga hiasan

Gubahan bunga daripada The Craft Potion

Sebab kebiasaanya orang perempuan suka bunga, dan juga kebiasaannya orang perempuan yang hias meja, jadi, akan ada bunga hiasan. Tak kisahlah sama ada fresh flowers, bunga daun getah, bunga kaca, ataupun artificial flowers, mesti ada kat tengah-tengah balang kuih tu, kan? Mama suka letak fresh flowers, bau pun harum dan segar je. Beli bunga kekwa kat Econsave, sejambak tak sampai RM5 pun. Tahan berhari-hari, dengan syarat kena tukar air setiap hari.

Tips nak bagi bunga segar tahan lebih lama. Satu, buangkan daun-daun yang ada pada tangkai bunga. Dua, campurkan satu bahagian air limau-lemon berkarbonat (contohnya 7up dan Sprite) dengan 3 bahagian air untuk bekas atau pasu nak letak bunga segar. Bunga akan tahan lebih lama, insyaAllah. Dapat tips ni masa nonton The Kitchen kat Food Network Asia channel.

3. Bekas basuh tangan

Gambar ihsan Google

Bila dah habis makan, mesti nak basuh tangan, kan? Tak pun lap aje kat baju raya? no no no. Tak elok gitu. Basuhlah sikit, bukan ke nak salam tuan rumah sebelum balik. Sebaiknya kita basuh tangan sebelum dan selepas makan. Kita tak tau kuman yang hinggap kat tangan kita. Amalkan kebersihan setiap masa.

4. Air minuman

Makan sudah, sembang sudah, mesti tekak jadi kering, kan? Paling popular kat rumah-rumah serata Malaysia ni mesti dihidangkan dengan air manis. Mesti. Sebab kita ada macam satu stigma kalau hidang air yang tak manis (baca: Air kosong) kita macam "terlalu" promosikan kesihatan atau kedekut. Jadinya, mestilah kita nak hidangkan yang terbaik (pada fikiran kita) iaitu air berkarbonat pelbagai perisa. Paling tidak pun, air berkordial. Ais di tepi. Ahhh segarnya...

Apa kata selain air gas dan kordial tu, kita sediakan juga air kosong. Kita beri peluang pada tetamu untuk pilih air yang mereka suka. Kalau rumah kita rumah ke-11 diorang ziarah pada hari tu, dan 10 rumah sebelum tu semua dok hidang air manis, bukankah air kosong adalah idaman tetamu? Haaa tu diaaa air kosong oh sedapnyaaaaa, kata tetamu di dalam hati.

Air ditapis dengan Get Clean Water Pitcher

Pilihan saya, letak aje water filter atas meja. Water filter atas meja? Ya, water filter. Mudah aje kalau ada Get Clean Water Pitcher. Isi air paip, tunggu sekejap bagi air ditapis, dah boleh minum air kosong yang sedap. Water pitcher ni pun leh jadi penyeri meja, sebab very der sexy chuols ;)

5. Tisu

Gambar ihsan Google

Last but not least, kertas tisu. Sesuai untuk lap tangan yang basah, bersihkan mulut si kecil yang comot, atau tapau kuih raya kegemaran. Kadang-kadang jadi sampah, terutamanya anak kecil yang baru nak asah motor skill diorang. Bertabah ajelah tuan rumah menceriakan tetamu yang datang, ok?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)

15 July 2015

Balik kampung hati girang

Salam semua :)

Seronok pergi kerja pagi ni. Lapang semacam. Semua orang dok kat rumah  tengah packing dan kemas rumah untuk raya agaknya. Hehehe. Tak ramai orang mulakan perjalanan waktu pagi rasanya. Biasanya orang tunggu berbuka, kalau jammed pun bolehlah makan-makan untuk hilangkan bosan, kan kan kan?

Kat timeline pun ramai dok update status, packing bag untuk balik kampung. Kebanyakannya serabut nak packing, tak tahu nak mula dari mana, rasa nak bawak satu rumah, mahupun baru nak basuh baju raya. hehehehe. Seronok membaca update orang lain, puan penulis ni bagaimana pula?

Pada aku, memanglah kena packing jugak. Bezanya, kena packing baju raya sekali. Kenapa bezanya pada baju raya? Sebab kami suami isteri memang setiap dua minggu sekali akan balik kampung. Kami amalkan begini sejak awal perkahwinan. Setiap dua minggu, akan balik Melaka iaitu kampung suami. Dua minggu kemudian, kampung saya pula di Klang. Kadang-kadang tu sebulan sampai 2 kali balik kedua-dua kampung, bergantung pada event yang ada.

Tahun ni jadi jarang sikit, sebab suami banyak dapat duty pada hari Sabtu atau Ahad. Takat nak balik kampung sehari je, tak best lah kan. Tak habis hilang penat, dah kena travel balik rumah semula. Capek deh. Ada sekali tu Mak (my MIL) merajuk kat kami sebab hampir sebulan tak dapat balik. Apakan daya suamiku kena bertugas hampir setiap weekend. Kesian Mak rindu cucu.

Tahun ni kami beraya di Klang dahulu, bagi rumah Mama meriah. Maklumlah adik beradik aku tak ramai. Sorang kat US, sorang kat Kajang, sorang kat Kepong. Terima kasih encik suami, gembirakan hati seorang ibu yang anaknya jauh beribu batu :')

InsyaAllah lepas solat Jumaat, kami akan gerak ke Melaka pula. Harapnya masa tu traffic kat highway dah tak teruk sangat, sebab semua dah sampai kampung masing-masing dan sedang sibuk menunaikan sunnah menziarahi kaum keluarga. Jalan yang lapang untuk kami sekeluarga, Aamiin!

Malam ni mesti kemas rumah. Sebelum tu pergi masjid lah, Teraweh terakhir untuk tahun ini. Syahdunya.

p/s: Where's my checklist?

14 July 2015

Dapat duit raya sebelum raya, yeay!

Salam semua!

Alhamdulillah sempat sampai 27 Ramadhan dengan sihat. Alhamdulillah hari ni dapat duit raya daripada Shaklee! Duit raya? Ya, duit raya. Sebab masuk sebelum raya, kita panggil duit raya lah. Bulan-bulan lain takde raya, so kita panggil bonus bulanan ajelah. Hehehehe.


Setiap bulan dengan izin Allah, tanpa gagal, para pengusaha bisnes Shaklee akan dapat cash bonus daripada Shaklee pada 14 haribulan. Kalau yang buat bisnes secara part time, kami panggil bonus. Kalau yang berbisnes secara full time, itulah gaji bulan itu, kan? Manisnya bagi yang buat bisnes ni secara part time, hujung bulan dapat gaji kerja tetap, tengah bulan pula dapat bonus. Secara tak langsung kalau tengah sesak tu, memanglah lega kan.

Namun, untuk dapat duit yang buat kita rasa seronok ni, seperti kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Mana boleh duduk goyang kaki pasang aircond 16 darjah celcius tapi duit masuk kepuk-kepuk, kan? Mestilah ada usaha-usaha ke arah kejayaan yang mesti dibuat. Usaha-usaha ini pun biasanya melibatkan pembangunan rohani, skill dan juga komunikasi. Semua kena sama rata, sama kuat, sama berusaha. Barulah terasa manisnya pengorbanan :)

Nak tau tak, dengan Shaklee, bukan takat untung runcit je yang boleh dapat. Bisnes yang dapat untung runcit biasanya macam kalau kita beli shawl kat Jalan TAR tu kan, sehelai RM10, tapi biasanya harga borong adalah RM2.50 sehelai. Jadi, untung runcit adalah RM7.50. Jual lagi banyak, dapatlah lagi banyak untung.

Sumber RM RM RM dengan Shaklee bukan setakat untung runcit, tapi ada lagi 5 cabang RM. Ini senarai sumber RM yang boleh didapati dalam bisnes Shaklee
  1. Retail Profit
  2. Personal Bonus
  3. Net Personal Bonus
  4. Leadership Bonus
  5. Car Subsidy Program
  6. Incentive Bonus
Sekali dah menjerumuskan diri dalam bisnes ni, mestilah kena grab semua cabang RM ni, kan? Untuk yang baru mula bisnes, paling tidak pun akan grab nombor 1 dan 2. Tapi ada aje yang dapat nombor 1, 2 dan 3 dalam bulan pertama berbisnes. Bila kita hendak, semua pun boleh jadi. I AM POSSIBLE!



Sepanjang May hingga Oktober 2015, Shaklee tawarkan YES (Young Entrepreneur System) yang membolehkan mereka yang baru join nak buat bisnes dalam tempoh 6 bulan ni boleh dapat side income yang ditambah dengan pelbagai insentif dan matching bonus yang lumayan. Juga disediakan business plan yang mudah diikuti, semuanya terpulang berapa RM yang kita nak pada tengah bulan depan.

Berminat nak dapatkan side income dengan modal permulaan yang rendah? Contact Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau email saya di ima367@gmail.com untuk set appointment. Raya ni pun boleh jumpa, insyaAllah. 

Saya dapat business leaders BARU hari ini!
Ima Sulaiman

10 July 2015

Kompilasi testimoni VIVIX

Salam semua :)

Ni saya nak share kompilasi testimoni pengguna dan pengamal VIVIX Shaklee yang dah dikumpul oleh Lia Ummiirfan dengan gigih sekali. All credits goes to her.

Antara masalah yang berjaya dirungkaikan :

  • Awet muda
  • Radang sendi
  • Berpantang
  • Gout
  • Sakit buah pinggang
  • Turunkan berat badan





Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Ingin jadi sebahagian daripada kisah kejayaan dengan VIVIX ini?

Hubungi Ima melalui
WhatsApp : ++60166605816
E-mel : ima367@gmail.com

Saya akan balas pertanyaan anda sesegera mungkin. Saya tunggu anda!

08 July 2015

Air Katira, minuman yang cuma muncul dalam bulan puasa

Salam semua :)

Air Katira, atau kathira? Siapa pernah dengar nama air ni? SAYA! Siapa pernah minum air ni? BUKAN SAYA! Seriosa. Aku tak pernah minum air katira sebelum ni, walaupun duduk kat Johor dari Disember 1994 sampai March 2007. Tak pernah teringin pun nak minum. Tapi semua tu berubah pada Ramadan ini di sebuah gerai di hadapan Uniten....

Sebelum ni, aku memang biasa beli kacang pool kat gerai ni. Memang terbaik. Pada aku, kacang pool yang abang ni jual dah mirip sangat dengan kacang pool Hj Mahpool yang kat sebelah Balai Bomba Larkin tu. Takyah pergi JB dah untuk lepas rindu makan kacang pool. Hehehe. Abang yang buat ni asalnya dari Batu Pahat. Memang dah ada gerai tetap pun kat situ.



Pada satu hari Ramadan yang indah, aku teringin makan kacang pool. Menujulah aku ke gerai kacang pool ini. Wah, ada jual air pula lah sempena Ramadan. Ada air katira, soda bandung dan lemon asam boi. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aje aku pun order lah "Kak, nak air katira satu!" padahal tak pernah pun minum air katira. Aku tak tau apa nak expect. Aku confident order sebab tahu diorang memang orang Johor, jadi, takkan la tipu sangat kan air katira yang diorang buat. hehehe.

Tu diaaa air katira special, bandung soda, laici asam boi dan satu lagi tong katira diberi nama Kathira JDT (padahal sama je air dengan yang dalam tong Kathira Special neh kuikuikui)
Masuk waktu berbuka. Minum dengan bahagia. Darrell pun join sekali minum air kathira ni. Siap tambah lagitu. Tak pernah aku tengok anak aku bersungguh-sungguh minum air siap mintak tambah. Sebab warnanya kah? Sebab rasanya kah? KakMa pun tak tau lah.

Apa yang ada dalam air kathira yang so marvelous ni?
Yang aku dapat detect dan wujud dalam air katira ni adalah :
  • Cincau
  • kathira
  • selasih
  • barli
  • ais krim soda
  • warna hijau
  • susu cair
  • air
  • air batu
Aku tak pernah rasa air kathira yang glamour kat JB tu, so aku takleh nak compare. Sejak cuba sekali, hari-hari pun aku beli air kathira kat gerai ni. Sikit punya berhantu! Bagi yang nak cuba, silakan. Kat gerai penjaja depan Uniten, area tengah-tengah. Banner tulis kacang pool. Sebungkus kecil RM3. Bungkus besar RM4. Selamat mencuba :) Nanti share comment kat sini ye.

p/s: macam nak cuba air bandung soda pula hari ni. mih mih mihhhh

02 July 2015

Asid Folik Penting untuk Ibu Mengandung

Salam semua.



Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya amalkan pengambilan asid folik semasa saya mengandung anak pertama dan kedua. Saya mendapat anak pada kehamilan kedua dan keempat. Kehamilan pertama dan ketiga saya tidak menjadi sebab blighted ovum. Blighted ovum ni berlaku sebab kerosakan DNA semasa persenyawaan. Sebenarnya tiada janin terbentuk, dan dalam kantung tu kosong. Ia boleh dikeluarkan secara D&C, ataupun keluar secara semulajadi. Untuk kedua-dua kehamilan dengan blighted ovum ni, saya tunggu ia gugur sendiri. Ia berlaku pada minggu 10 untuk hamil kali pertama, dan minggu 12 pada kehamilan ketiga. Selepas gugur, saya terus amalkan B-Complex yang mengandungi asid folik supaya rahim terus bersedia untuk mengandung.

Alhamdulillah selepas 2 bulan, saya kembali hamil. Siapa kata saya tak cuak nak mengandung lagi, bimbang diuji dengan blighted ovum lagi. Alhamdulillah mengandung kali kedua dan keempat ini menjadi dengan baik. Semuanya atas izin ALLAH jua. B-complex sangat membantu saya jadi lebih tenang dari segi perlakuan, juga dari segi minda sebab saya tahu saya dapat bekalan asid folik yang mencukupi setiap hari. Masa mengandung ni lah kita lebih ambil tahu apa yang menyebabkan kecacatan pada anak akibat kekurangan asid folik, sebolehnya kita elakkan dengan amalkan makan asid folik paling kurang 3 bulan sebelum mengandung.

Sekarang dah masuk trimester ketiga untuk anak kedua, saya masih ambil B-complex untuk maintain tenang sepanjang hari. Kena pandai kawal emosi, terutamanya bila menghadap anak-anak murid dan keluarga. Maklumlah, mengajar anak-anak murid dah masuk alam dewasa ni, dengan darah muda diorang lagi. Takkanlah kita nak guna kekerasan dalam kelas, kan. Kena kekal tenang gitu. Tambahan lagi dengan jawatan sebagai Head of Programme, awal semester memang students datang tak putus, masing-masing dengan masalah mereka yang unik dan tersendiri. Kalau kena jumpa 15 orang sehari, takkan nak naik angin 15 kali. Mahu kena darah tinggi pulak. Haa... kat sinilah B-Complex memainkan peranan. Diorang nak bagi masalah macam mana pun, boleh lagilah nak senyum dan gelak-gelak hiburkan hati sendiri :)

Biasanya digalakkan untuk ambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung dan sepanjang trimester pertama, namun tiada masalah untuk terus ambil B-complex sehingga habis mengandung dan sambung lagi semasa berpantang.

Mahukan masa hamil yang tenang dan menggembirakan? Jangan skip ambil B-complex setiap hari!

Dapatkan B-Complex Shaklee yang natural dan mendapat sijil halal dan juga diiktiraf KKM, yang sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam daripada Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mail : ima367@gmail.com
FB personal : Ima Sulaiman

Saya doakan ibu-ibu sekalian mendapat zuriat yang soleh dan menjadi tiket ke syurga. Aamiin.

Blog Reference:
Dr. Zubaidi - Anak Lahir Tiada tempurung Kepala http://drzubaidi.com/blog/anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd/
Dr. Zubaidi - Prenatal Vitamin Mana yang Perlu Dibeli? http://drzubaidi.com/blog/prenatal-vitamin-mana-yang-perlu-dibeli/

01 July 2015

Sihat dan cantik dengan tenang

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu 14 Ramadan, dan juga dapat khabar berita best tentang promo Shaklee bulan ni! MasyaAllah memang kena grab peluang ni. Mesti mesti mesti!

Produk premium Shaklee, VIVIX adalah produk promo bulan ni. Ada dua peluang untuk cuba dan borong item ni, dengan beli 2 botol VIVIX dan dapatkan 5% diskaun, ATAU beli 6 botol VIVIX dan dapat 1 botol VIVIX dengan PERCUMA.

Nak lagi best? Dengan pembelian 2 atau 6 botol VIVIX, korang layak dapat FREE MEMBERSHIP yang bernilai RM68.90, juga dapat cash bonus pada 14 Ogos 2015 nanti, minimum RM38. Ada lagi? Ada. Korang juga akan dapat sebotol Vita-Lea Iron Formula (120 biji) yang bernilai RM88.75 dengan PERCUMA. Kan dah kata tadi kena grab peluang ni ;)

Ada dua lagi item promo, iaitu B-Complex dan Vita-Lea for Children. Dua-dua item ni untuk promo Buy 4 At 3. Best sangat deal B4@3 B-Complex ni untuk ibu hamil, ibu pantang, ibu-ibu yang bekerja di rumah, anak-anak sekolah rendah dan menengah, mahasiswa dan mahasiswi, juga pekerja makan gaji. Such a great mood booster with a minimum price!

Sebotol Vita-Lea Iron Formula PERCUMA dengan setiap pembelian dan pendaftaran ahli baru Shaklee dari May 2015 hingga Oktober 2015. Tiada sebarang pembelian minimum diperlukan, asalkan ianya produk Shaklee.

Berminat nak memulakan bisnes atau beli untuk kegunaan sendiri?
Apa pun jawapan korang, cepat-cepat contact Ima melalui
1. WhatsApp +60166605816
2. E-mail ima367@gmail.com
Ima menanti pertanyaan anda!