02 May 2015

Rumah Warisan

Lepak kat tangga belakang Rumah Warisan, Darrell dan Nenek bersembang.

Darrell : (Apa) tu?
Nenek : Itu belabakan nye Boyot
Darrell : Ooo...

Darrell tak pernah respon dengan jawab "Ooo" bila dia tanya apa-apa soalan. Aku gelak guling-guling dengar respon dia. Macam tau aje belabakan tu apa hahaha.


07 February 2015

Resepi ringkas : Telur Bersarang Roti Berkeju


Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Hari ni rajin lebih, maka terciptalah sarapan. Hahaha. Nak habiskan roti, selalunya buat French Toast atau roti salut telur biasa tu je, hari ni inovatif sikit. Hihihi.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Keju keping
Butter atau minyak
Sedikit garam dan lada hitam (jika suka)

06 February 2015

Testimoni OsteMatrix : Sakit kaki semakin berkurang!

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua :)



Hujung bulan lepas, beli stok untuk bulan ni. Senang nak jual bila dah ada ready stok ni. Customer nak barang je, terus zassss hantar. Weekend lepas balik Melaka, jadinya bawaklah sekali harta rampasan kesayangan ni. Bukak je kotak, zass Along sambar Cinch Shake. Sempena promo OsteMatrix, aku bagi Mak sebotol OsteMatrix. Hari sebelumnya dengar juga Mak sebut sakit kaki and what not, jadi apa salahnya cuba ambil OsteMatrix ni untuk Mak.

Mak gelak-gelak malu tapi mahu je aku bagi OsteMatrix ni. Mak kata, Mak pun ada ambik Calcium-Magnesium A****, tapi nanti tulang tumbuh jadi panjang. KakMa senyum ajelah, aku tak reti nak jawab on the spot. Keesokkan harinya aku whatsapp Mak terangkan pasal OsteMatrix, tentang kalsium dan cara makan OsteMatrix.

Baru tadi suami call Mak, pastu Mak cerita apa dia rasa lepas makan OsteMatrix. Mak kata:
- lebih mudah tidur,
- lebih senang buang air di waktu pagi,
- sakit kat kaki semakin berkurang.
Dah lama Mak sakit kaki, sejak aku kenal Mak lagi. Alhamdulillah dalam masa 5 hari Mak dah dapat rasa perubahan positif. KakMa doakan Mak terus sihat.

Jom hadiahkan kesihatan yang lebih baik untuk orang tua kita, salah satu cara untuk kita balas jasa mereka.

Your Shaklee product advisor,
Ima Sulaiman
SMS/Call/WhatsApp 0166605816
E-mail ima367@gmail.com

04 February 2015

Kurangkan selsema tanpa ubat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Minggu ni Darrell terjangkit dengan kawan-kawan taska, kena selsema. Kesian tengok meleleh air jernih kat hidung. Dah beberapa kali buat minyak bawang putih ni untuk Darrell, Alhamdulillah tidur lebih lena dan selsema cepat hilang.

Dua je bahan nak buat minyak bawang putih ni. Bawang putih dan minyak. Boleh guna minyak zaitun, kalau takde, guna minyak masak.

 

02 February 2015

Class for Business Leaders with PM Cery




Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

31 January 2015, confirmed naik rank Supervisor. Setelah sekian lama tulis kat wallpaper phone, setiap bulan mesti update akan jadi Supervisor. Sejak April 2014. Setiap bulan mesti tulis kat phone "Ima SUPERVISOR April 2014". Bulan berganti, maka status pun berganti. Tapi bulan lepas aku tulis "Ima SUPERVISOR Feb 2015", Alhamdulillah dapat jadi Supervisor pada hujung January 2015. Mungkin tips nya kena tulis advance satu bulan ;)
1 February, nampak PM Cery update poster ni kat page FTC. Mesti pergi ni! Walaupun masih fasa "eh aku dah jadi supervisor ke? dah jadi leader ke?", aku mesej upline aku, Puteri, tanya ok tak aku pergi kelas ni. Mestilah mak suruh pergi kan. Awal bulan lagi tu, lagi mudah nak set next target, lagi mudah nak buat mindset ke arah masa depan yang lebih gemilang!

Syukurlah kelas awal pagi, sempat aku pergi sebelum aku punya kelas pukul 2. Style kelas ni adalah "grill sampai ko jawab". Tembak tembak tembak apa basics marketing? Apa latarbelakang company? Apa product yang ada? Macam mana jaga customer? Tembak tembak tembak. I like! Tak senang duduk dibuatnya. Berdebar-debar nak jawab walaupun soalan simple. Sambil grill, sambil bagi tips how to improve more. Kena berlapang dada masuk kelas camni. Hati tisu kalu, remuk hati kena grill hahaha. 
PM Cery

Good experience to be among the leaders. Paling best sharing session lah. Aku kena tanya, macam mana aku jadi Supervisor? Dengan perasaan masih bercampur baur baru jadi Supervisor dua hari, aku jadi kelu nak menjawab. Aku register sebagai member Shaklee pada August 2012, dan mula berbisnes sekitar October - November 2013. Lebih setahun masa aku ambik untuk naik rank, macam upline aku kata, aku sentiasa buat walaupun UV naik turun bak gelora. Konsisten lah senang katanya. Beberapa bulan terakhir ni aku tambah lagi cara aku sharing, dengan update blog ni lebih kerap, dan juga tambahkan amalan rohani. Amalan rohani seperti solat dhuha, tahajjud, taubat dan witir, zikir, selawat dan istighfar, Alhamdulillah buat aku lebih kuat dalaman untuk hadapi banyak dugaan berbisnes. Bunyi macam cliche, tapi bila kita buat, baru kita rasa result nya.

Tengah nervouse kena interview dengan PM Cery!

Tengah buat target for Feb 2015. PM Cery check satu-satu. Mujur dah buat semalam dan present pada Puteri :D
Memang best class buat kat Faizworld. Cukup selesa dengan warna hijau yang tenang juga kemudahan tandas, surau dan kids room yang disediakan. Paling best mestilah Tester Corner yang ada Cinch, Meal Shake, ESP, Performance drink dan pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.

Kalau nak sewa training room ni, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com

Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre

Doakan aku terus sukses dan maju dengan bisnes Shaklee. Aku nak jadi Master Coordinator dan nak pergi Global Conference di USA pada tahun 2016! See u guys there!

Ima Sulaiman
Effective Supervisor February 2015