14 November 2014

Nak gemuk, tak nak kurus!

Salam dan hai untuk semua :)

Ima memang kurus. Sentiasa cari jalan nak dapatkan berat ideal. Ni aku kongsi tentang cara-cara nak tambah berat, diambil dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pemakanan untuk mereka yang Kekurangan Berat Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil.
Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh ditingkatkan dengan :

~Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.

~Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda
boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

~Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").

~Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.

~Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Makan makanan yang sihat dan seimbang.

~Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.

~Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.

Oleh ;
Noor Safiza bt. Mohd Nordin

Turut dikongsikan dalam page FB KKM adalah contoh jadual makan untuk tambah berat.


Contoh jadual pemakanan untuk tambahkan berat badan.
Walaupun nak tambah berat tu senang bagi sesetengah orang, bagi orang kurus biasanya tidak begitu mudah. Contoh paling senang, aku lah. Tak berapa minat nak makan, dan kurang gemar makan makanan yang menggemukkan dalam kuantiti yang banyak. Hasilnya, masih kerempeng. Hahahaha. Dari cadangan KKM pun, dia suruh makan secara kerap, dan dalam senarai ni, takde pun dia suruh makan makanan yang kita tahu menggemukkan. Semuanya makanan sihat, sebab kita nak tambah berat secara sihat!


Aku dapatkan bantuan makanan tambahan daripada Shaklee. Paling suka dengan B-Complex, sebab ia bantu badan untuk reset metabolisma. Jadi, taklah cepat sangat badan ni bakar semua benda jadi tenaga, kan. ESP dan Meal Shakes tolong tambahkan protein dan kalori dalam diet harian. Vita-Lea pula untuk cukupkan nutrient yang selama ini kurang dalam badan.

Nak lebih konsultasi tentang tambah berat badan? Contact Ima melalui call atau WhatsApp 016.660.5816 atau boleh juga e-mail di ima367@gmail.com .

Tambahkan berat secara sihat!

Salam sayang,
Ima Sulaiman
SID 882520

03 October 2014

Kenangan wukuf di Arafah

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hari wukuf.
Hari betul-betul terasa sayu, teringat waktu memgerjakan haji pada tahun 2009. Memang unik pengalaman dan rezeki diberi Allah masa tu. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuaknar.

Selepas Zohor 8 Zulhijjah, kami dijadualkan untuk bergerak ke Arafah. Jemaah dari Malaysia memang biasanya diberi jadual sebegini untuk mengelakkan kesesakan di hari wukuf nanti. Cuaca mulai mendung. Semasa kami menaiki bas, hujan sudah mula turun. Alhamdulillah semua selamat menaiki bas walaupun hujan semakin lebat turun.

Sepanjang perjalanan kami dari Mekah ke Arafah,  hujan turun semahu-mahunya. Sudah tentu rasa istimewa, bumi Arab sangat jarang hujan turun! Disebabkan tiada sistem perparitan di Mekah, jalan raya seakan sungai. Semua air hujan berkumpul di jalan sahaja, mengalir entah hujungnya di mana.

Sampai di bumi Arafah, masih hujan tapi tidak selebat tadi. Langit masih mendung. Sesampainya kami di maktab yang ditetapkan, hujan dan jadi gerimis. Alhamdulillah. Kagum lihat semangat para petugas yang tetap setia membantu para jemaah walaupun dah lencun sebab menanti kami dalam hujan.

Memang Arafah disediakan dengan khemah dan kanopi, tapi bukan jenis untuk menghalang hujan. Tilam nipis yang sudah disediakan pun banyak yang basah. Aku tak kisah, sebab memang dah siap dalam minda dari kat Malaysia lagi, kat Arafah dan Mina aku akan tidur atas pasir yang dialas dengan karpet. Memang itulah yang aku dapat.

Malam tu kami bermalam dalam khemah tanpa lampu, ditemani nyamuk yang banyak dan keadaan yang agak panas. Juga kena kawal agar tak tertutup muka. Kenangan sungguh malam itu. Dapat jugalah lelapkan mata rehatkan badan.

9 Zulhijjah 1430

Kami menanti waktu Zohor untuk memulakan wukuf. Dimulakan dengan solat jamak takdim berjemaah, dan khutbah wukuf. Selepas tu kami berzikir sehingga waktu Asar. Tak terkata betapa heningnya waktu itu.

Semua hanya bertumpu pada Allah. Selepas waktu Asar, kami dibenarkan keluar dari khemah bila matahari dah tak terik sangat. Masa ni lah masing-masing berdoa sama ada sendiri atau bersama keluarga masing-masing.

Nak kongsi satu kisah di bumi Arafah. Abah yang cerita pada kami. Tiap kali aku teringat cerita ni, mesti aku menangis.

Kisah ini tentang seorang jemaah lelaki dalam kumpulan kami. Kami dinasihatkan untuk pack keperluan secara ringkas sahaja, muat dengan hand carry luggage sahaja. Namun seorang ahli jemaah ni memang tak reti nak travel light, sebab memang dia banyak keperluan nak bawak, supplements and all. Memang bukan hand carry luggage yang dia bawak, beg besar untuk baju yanh dibawaknya.

Masa dah selesai wukuf dan kami perlu gerak untuk mabit di Musdalifah, ahli jemaah ni mula risau, siapalah nak tolong angkatkan beg dia yang berat tu. Terus aje dia berdoa dan didengari orang disekitarnya, "Ya Allah, turunkanlah malaikat untuk tolong angkat beg aku ni Ya Allah."

Memang makbul doa di tanah pilihan Allah. Seorang remaja berkulit hitam yang memang kerja di situ semasa musim haji, voluntarily tolong ahli jemaah tu angkat beg dia. Ditawarkan ganjaran wang, remaja itu menolak. Dia kata dia memang nak tolong. SubhanAllah.

Apa lagi yang kita nak sombongkan dengan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Alhamdulillah.

Selamat berhujung minggu dan Salam AidilAdha daripada saya sekeluarga.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

31 August 2014

Shopping Shaklee secara online, terus dari Shaklee? Yes!

THIS IS A STICKY POST. SCROLL FOR MORE SHARINGS :)

Salam semua.

Berminat nak beli barangan Shaklee, tapi lebih suka beli secara online? Boleh gunakan link di bawah ni untuk beli produk Shaklee yang anda mahu.

Untuk membeli, anda cuma perlu
1. Pilih item yang anda mahu
2. Isi maklumat yang diperlukan (nama, alamat penghantaran, etc.)
3. Bayar menggunakan credit card atau debit card
4. Tunggu parcel sampai. Tracking number akan diSMS kepada anda.

Mudah, kan? Tak perlu risau beri wang pada orang yang kurang dikenali untuk membeli barang Shaklee.


Klik pada gambar untuk order atau KLIK DI SINI >> Order Sekarang!


17 August 2014

Open house raya kat Rumah Warisan


Malam tadi open house kat Rumah Warisan. Happening uols. Macam-macam ada. Seronok dapat jumpa anak-anak buah yang makin ligat. Sakat diorg sket2. Nak sangat dokong Irfan dan Marissa tapi wak sorang ni kurus sangat kot, tak teringin pun diorang hahaha.
Sesambil tu sempat gak goss seround pasal topik hangat minggu lepas, pasal mereka yang boikot Shaklee. Risau makcik aku, orang dok share pasal boikot tu kan, terus aku tag kat video Mr Roger yang Puteri upload kat youtube. Alhamdulillah makcik ku pun nampak agak bertenang. Nanti dia baca lagi kalau sempat, dia kata hehe.




Pastu yang tambah lagi best, cousin sorang ni nak cuba supplements Shaklee untuk kurangkan berat. Mula-mula dia consult dengan Mama. Mama kan wakil aku kat Meru. Hehehe. Mama suggest Lecithin dan Alfalfa Complex, tapi cousin aku nak OmegaGuard dan Lecithin. Bagus kan, dah study dulu apa yang dia nak.
Set Bakar Lemak aku panggil. Memang cuma lemak boleh hapuskan lemak.

set kurus lemak


Omega-3 memang sangat handal nak hapuskan lemak-lemak yang dah lama tersimpan kat badan. Paling best, omega-3 ni sangat hebat hapuskan visceral fat, yang menyebabkan kebuncitan. Ingat omega-3, ingat OmegaGuard!

Lecithin pula berfungsi untuk mengemulsikan lemak supaya lebih mudah diangkut keluar dari badan. Satu bakar lemak, satu lagi angkut lemak. Serasi bersama betullah OmegaGuard dan Lecithin ni.
So teruslah bagi camne cara nak ambik OmegaGuard dan Lecithin kat cousin sorang ni, sambil tips berkaitan yang lain. Nak tips jugak? Meh sembang ngan Ima ;)

Ahad dah nak habis, esok hari yang baru untuk semua. Selamat bekerja sepenuh hati esok!

Ima Sulaiman | ima367@gmail.com | 016.660.5816

Posted via Blogaway

11 August 2014

4 tips hadiri Open House Aidilfitri

Open House!

Banyak rumah buat open house sempena raya, kan? Asal weekend je penuh dengan jemputan. Pemurah betul rakyat Malaysia. Muhibbah dan penuh warna warni.

Tapi, tau tak apa itu open house di Malaysia? Aku dapat e-mail ni, nak share lah kat sini :)

It is already the third week of Hari Raya Aidilfitri celebration and the traffic in the cities are back to its usual morning crawls.

However, Raya ‘Open House’ invitations are just beginning to be sent out and weekends are quickly filled with one invitation after another.

So, what is an ‘Open House’?

An ‘Open House’ is a culture that is uniquely practiced in Malaysia and rarely seen in other parts of the world. It is widely celebrated in the country by various races of Malaysia. This is when we invite our colleagues, partners, friends and family to feast on traditional delicacies that are specially made during festive seasons.

Raya ‘Open House’ is all about feasting on good food, savory lemang, decadent rendang and juicy satay. How is it possible for you to refuse it?
Here are some tips on how you can stay healthy without depriving yourself from all of those delicacies:-
  • 1.    Drink a lot of water - steer away from sweet drinks
  • 2.    Eat a little of everything – take a bit of everything from the buffet table as not to deprive yourself from the good food as well as to prevent from bingeing
  • 3.    Vegetables are good – the ulam (traditional veggies) platter and the satay condiments are your best friend
  • 4.    Fruit up! – as the saying goes, ‘an apple a day, keeps the doctor away’. Eat more fruits instead of the usually Raya cookies and desserts
Keep in the spirit of Hari Raya Aidilfitri and maintain the lessons of Ramadhan. Hari Raya is a joyous time to express thanks for everything the Almighty has blessed us with. It is for us to enjoy each other's company and maintain friendly ties with one another.

Haa.. ikut tau tips tu. Makan, makan jugak. Kesihatan kena juga jaga. Department aku bakal buat open house jugak 22hb nanti. Dah order sate, lain-lain buat potluck. Best best best!

Bimbang terlebih berat badan Syawal ini? Bolehlah bertemankan Set Perut Kempis dan jugak Phytocol-ST, untuk BUANG lemak dan toksin, juga CEGAH kolesterol dari masuk salur darah.
BUANG lemak dengan Lecithin dan OmegaGuard,
BUANG toksin dengan Alfalfa Complex

CEGAH kolesterol dengan Phytocol-ST
 Hubungi Ima untuk pertanyaan dan konsultasi tentang supplement Shaklee secara percuma!

Ima Sulaiman
ima367@gmail.com
016.660.5816