15 December 2014

Kelebihan zikir Ya Wahhab

Salam semua.

Biasa kita berzikir sebab kita tahu manfaat sesuatu zikir itu. Hari ni Ima nak kongsi manfaat zikir Ya Wahhab. Zikir ni sangat biasa dipesan kepada orang yang mahukan kelapangan dalam pekerjaan, terutamanya yang buat bisnes. Ima ambil ni dari yang orang kongsikan di FB.

Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. Mulalah dengan 30kali dulu setiap pagi dan upkan setiap hari. InshaAllah, lama kelamaan akan jadi rutin.


Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

10 December 2014

Promosi terkejut! Collagen Powder ada promo lagi!

Salam dan selamat sejahtera semua.

Peminat-peminat Collagen Powder keluaran Shaklee mesti excited kan, tetiba ada promo untuk Collagen Powder (SCP) pulak.

Bukan buy 6 free 1 ye, tapi buy 3 free 1, so, buy 6 free 2!
Berbaloi-baloi borong sekarang, sebab tahun depan takde SCP selama 9 hingga 12 bulan. Kenapa takde lama sangat? Ni Ima quote dari sumber yang boleh dipercayai.

Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini.
Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1.
Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan dihentikan bermula Januari 2015.
Tu diaaa... hampir setahun bakal tiada... perlukah peminat kolagen juga jadi setahun tanpa bekalan SCP? Oh tidakkkk~~!!! Panik panik panik.


Ada beberapa option kat sini:

1. Beli satu set (3+1), dapat free membership Shaklee (bernilai RM65). Stok SCP untuk 2 bulan.
2. Beli 6 set (18+6) untuk stok SCP selama setahun.
3. Beli satu set sebagai starter pack perniagaan anda.

Beli satu set (3+1) tu kan, terus dapat beli SCP dengan harga ahli. Dah lagi banyak jimat, lebih 20% tau.

Seriously, promo beli 3 percuma 1 lagi banyak jimat berbanding promo beli 6 percuma 1. Sungguh!

Tunggu apa lagi? Meh la borong SCP cepat!

Peminat effect SCP,
Ima Sulaiman
016.660.5816

08 December 2014

Me time

Salam dan hai semua...


Korang ada "me time" tak? Waktu untuk korang buat benda yang korang suka, tanpa gangguan daripada sesiapa.

Aku jarang ada, sampailah semalam. Suami ada kerja di luar, anak tidur petang, dan aku baru beli buku Catatan Matluthfi oleh matluthfi90. Apa lagi, layan baca buku lah! Selama ni dok fikir, nak baca buku, nak baca buku. Tapi asyik terbuat benda lain je. Maklumlah surirumah separuh masa, kan, masa banyak kat pejabat aje. Time tu lah nampak baju kotor, time tu lah tergerak hati nak kemas almari lah, macam-macam. Jadinya semalam aku buat "buta" dan "pekak" kat semua benda, ambik buku, dan baca. Perasaan lepas habis baca buku? HAPPY SANGAT! Puas dapat buat benda lain dari biasa. Terus bersemangat nak teruskan hobi baru ni, iaitu membaca. Selama ni hobi adalah beli dan kumpul buku. Hehehehe.

Tak semestinya membaca buku je boleh dibuat semasa "me time" ni. Boleh juga berkebun herba, memancing, bertukang, melukis, baking, dan macam-macam lagilah. Aku belum teroka lagi cabang hobi yang lain, masih mencari keserasian. Cubalah adakan "me time" untuk diri sendiri. Setiap orang perlu masa untuk refresh.

Apa korang suka buat semasa "me time" korang? Atau apa korang akan buat semasa "me time" korang? (In case tak pernah ada "me time" sebelum ni) Share kat comment ye :)

Salam sayang,
Ima Sulaiman

14 November 2014

Nak gemuk, tak nak kurus!

Salam dan hai untuk semua :)

Ima memang kurus. Sentiasa cari jalan nak dapatkan berat ideal. Ni aku kongsi tentang cara-cara nak tambah berat, diambil dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pemakanan untuk mereka yang Kekurangan Berat Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil.
Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh ditingkatkan dengan :

~Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.

~Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda
boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

~Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").

~Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.

~Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Makan makanan yang sihat dan seimbang.

~Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.

~Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.

Oleh ;
Noor Safiza bt. Mohd Nordin

Turut dikongsikan dalam page FB KKM adalah contoh jadual makan untuk tambah berat.


Contoh jadual pemakanan untuk tambahkan berat badan.
Walaupun nak tambah berat tu senang bagi sesetengah orang, bagi orang kurus biasanya tidak begitu mudah. Contoh paling senang, aku lah. Tak berapa minat nak makan, dan kurang gemar makan makanan yang menggemukkan dalam kuantiti yang banyak. Hasilnya, masih kerempeng. Hahahaha. Dari cadangan KKM pun, dia suruh makan secara kerap, dan dalam senarai ni, takde pun dia suruh makan makanan yang kita tahu menggemukkan. Semuanya makanan sihat, sebab kita nak tambah berat secara sihat!


Aku dapatkan bantuan makanan tambahan daripada Shaklee. Paling suka dengan B-Complex, sebab ia bantu badan untuk reset metabolisma. Jadi, taklah cepat sangat badan ni bakar semua benda jadi tenaga, kan. ESP dan Meal Shakes tolong tambahkan protein dan kalori dalam diet harian. Vita-Lea pula untuk cukupkan nutrient yang selama ini kurang dalam badan.

Nak lebih konsultasi tentang tambah berat badan? Contact Ima melalui call atau WhatsApp 016.660.5816 atau boleh juga e-mail di ima367@gmail.com .

Tambahkan berat secara sihat!

Salam sayang,
Ima Sulaiman
SID 882520

03 October 2014

Kenangan wukuf di Arafah

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hari wukuf.
Hari betul-betul terasa sayu, teringat waktu memgerjakan haji pada tahun 2009. Memang unik pengalaman dan rezeki diberi Allah masa tu. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuaknar.

Selepas Zohor 8 Zulhijjah, kami dijadualkan untuk bergerak ke Arafah. Jemaah dari Malaysia memang biasanya diberi jadual sebegini untuk mengelakkan kesesakan di hari wukuf nanti. Cuaca mulai mendung. Semasa kami menaiki bas, hujan sudah mula turun. Alhamdulillah semua selamat menaiki bas walaupun hujan semakin lebat turun.

Sepanjang perjalanan kami dari Mekah ke Arafah,  hujan turun semahu-mahunya. Sudah tentu rasa istimewa, bumi Arab sangat jarang hujan turun! Disebabkan tiada sistem perparitan di Mekah, jalan raya seakan sungai. Semua air hujan berkumpul di jalan sahaja, mengalir entah hujungnya di mana.

Sampai di bumi Arafah, masih hujan tapi tidak selebat tadi. Langit masih mendung. Sesampainya kami di maktab yang ditetapkan, hujan dan jadi gerimis. Alhamdulillah. Kagum lihat semangat para petugas yang tetap setia membantu para jemaah walaupun dah lencun sebab menanti kami dalam hujan.

Memang Arafah disediakan dengan khemah dan kanopi, tapi bukan jenis untuk menghalang hujan. Tilam nipis yang sudah disediakan pun banyak yang basah. Aku tak kisah, sebab memang dah siap dalam minda dari kat Malaysia lagi, kat Arafah dan Mina aku akan tidur atas pasir yang dialas dengan karpet. Memang itulah yang aku dapat.

Malam tu kami bermalam dalam khemah tanpa lampu, ditemani nyamuk yang banyak dan keadaan yang agak panas. Juga kena kawal agar tak tertutup muka. Kenangan sungguh malam itu. Dapat jugalah lelapkan mata rehatkan badan.

9 Zulhijjah 1430

Kami menanti waktu Zohor untuk memulakan wukuf. Dimulakan dengan solat jamak takdim berjemaah, dan khutbah wukuf. Selepas tu kami berzikir sehingga waktu Asar. Tak terkata betapa heningnya waktu itu.

Semua hanya bertumpu pada Allah. Selepas waktu Asar, kami dibenarkan keluar dari khemah bila matahari dah tak terik sangat. Masa ni lah masing-masing berdoa sama ada sendiri atau bersama keluarga masing-masing.

Nak kongsi satu kisah di bumi Arafah. Abah yang cerita pada kami. Tiap kali aku teringat cerita ni, mesti aku menangis.

Kisah ini tentang seorang jemaah lelaki dalam kumpulan kami. Kami dinasihatkan untuk pack keperluan secara ringkas sahaja, muat dengan hand carry luggage sahaja. Namun seorang ahli jemaah ni memang tak reti nak travel light, sebab memang dia banyak keperluan nak bawak, supplements and all. Memang bukan hand carry luggage yang dia bawak, beg besar untuk baju yanh dibawaknya.

Masa dah selesai wukuf dan kami perlu gerak untuk mabit di Musdalifah, ahli jemaah ni mula risau, siapalah nak tolong angkatkan beg dia yang berat tu. Terus aje dia berdoa dan didengari orang disekitarnya, "Ya Allah, turunkanlah malaikat untuk tolong angkat beg aku ni Ya Allah."

Memang makbul doa di tanah pilihan Allah. Seorang remaja berkulit hitam yang memang kerja di situ semasa musim haji, voluntarily tolong ahli jemaah tu angkat beg dia. Ditawarkan ganjaran wang, remaja itu menolak. Dia kata dia memang nak tolong. SubhanAllah.

Apa lagi yang kita nak sombongkan dengan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Alhamdulillah.

Selamat berhujung minggu dan Salam AidilAdha daripada saya sekeluarga.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway